MENGASIHANI DAN MENGHARGAI

|

Pagi yang nyaman hari ini dikejutkan dengan panggilan dari kak tih. Aku jawab telefon dan terdengar suara anak naufal yang berumur setahun 11 bulan memanggil-manggil namaku

Naufal : Tam Na!!
Di Sepanjang Jalan : Ye, Naufal sihat? dah baik ke deman
Naufal : Tam Na!, hnnkjl nihfnfa ffin nafafh afn . (masih lagi belum pandai
bercakap)
Di Sepanjang Jalan : Ooo, naufal balik kampung minggu depan ea.
Naufal : Hun mnahubaf aa ancaa aa cnsa na (jawab naufal)

Lantas kak tih menyampuk ,

Kak Tih : Haah balik minggu depan, pergi kenduri. Naufal, cakap lagi dengan Tam
Na. (menyuruh naufal terus berbual denganku)
Naufal : mmmm, tnnddu nua.
Di Sepanjang Jalan : Apa maksud ea tu (sambil diketawakan oleh kak tih)
Kak Tih : Ok Naufal, cakap assalamualaikum Tam Na.
Naufal : hmmn jua dadhda Tam Na !
Di Sapanjang Jalan : Assalamualaikum Naufal!
Kak Tih : Tata Tam Na!
Naufal : Tata Tam Na! (akhirnya faham juga)
Di Sepanjang Jalan : Tata Naufal.

End Call.

Semalam semasa 'discussion' dengan kawan, aku pergi mencari handphone di dalam beg. one missed call from kak tih. Di dalam hatiku berkata " Kenapa kak tih telefon ni?". Kemudian aku tanpa fikir panjang menelefon balik. Rupa-rupanya kak tih telefon sebab naufal asyik sebut nama Tam Na je dari semalam. Dia demam mungkin sebab tu tiba-tiba teringat Tam Na dia. Ingatkan boleh cakap dengan Naufal sekali tapi dia dah tidur, kepenatan.Huhu, comel. Alhamdulillah harini dia sudah sihat dan boleh kami berbual-bual.

Subhanallah, itulah kasih sayang. Jika hendak diukur dengan akal, kami memang jauh berbeza. Dia seorang anak kecil yang tidak tahu apa-apa tentang ukhwah, tetapi aku seorang dewasa yang InsyaAlah ada ilmu tentangnya. Dia seorang kecil yang masih belum berkesempatan menyusun perkataan untuk dijadikan satu ayat sempurna, tetapi aku sudah pandai membuat banyak ayat dan boleh menghasilkan satu cerita panjang sarat dengan makna. Oleh yang demikian, adakah perbezaan usia, darjat dan ilmu itu penghalang untuk kita berkomunikasi dan menyayangi. Sungguh tidak benar, kerana pokok pangkalnya semua berasal dari hati. Walaupun, hanya satu ayat yang mampu diucapkan, hargailah kerana makna yang tersimpan amat luas apatah lagi ia lahir dari hati anak kecil yang masih suci. Marilah kita bersama mencontohi sifat penyayang Rasullallah s.a.w kepada anak-anak kecil.

Sayyidatina Aisyah r.anha juga meriwayatkan : bahawa datang seorang Badwi kepada Rasulullah s.a.w. :Kalian suka benar menciumi anak, sedang kami tidak pernah melakukan yang demikian itu. Maka Rasulullah s.a.w. segera membalas "Apakah yang hendak kukatakan bila rahmat sudah hilang tercabut dari seseorang."

Baginda s.a.w. selalu menggembirakan hati anak-anak, dan bila datang seorang membawa bingkisan, berupa buah-buahan misalnya, maka yang pertama diberinya, ialah anak-anak kecil yang kebetulan ada di majlis itu, sebagai yang diriwayatkan oleh Al-Imam Ibnu Sunniy dan Al-Imam At-Thabrani rah.

Daripada Ibnu Abbas daripada Nabi Muhammad saw sabdanya bermaksud: "Bukan daripada kumpulan kami mereka yang tidak menghormati orang tua dan tidak menyayangi anak-anak kecil serta tidak menyuruh dengan perkara yang makruf dan mencegah daripada perkara mungkar." (Hadis riwayat at-Tirmizi)

1 comments:

FArah said...

Jom sayangi kanak2 ... ;)
Rindu kamu..

Post a Comment