KEISTIMEWAAN MAKHLUK

|

Assalamualaikum w.b.t kepada semua, setinggi kesyukuran diucapkankepada Allah Maha Penyayang yang masih memberi peluang kehidupan serta nikmat Islam serta Iman. Lebih kurang 4 bulan tidak menulis, rasa janggal bila hendak memulakan pendahuluan. Banyak kisah yang berlaku sepanjang cuti semester, namun apa yang hendak saya kongsikan kali ini ialah mengenai kuliah pertama saya dengan Dr. Fauziah Hassan dalam kelas Teaching of Listening and Speaking.

Tahukah anda semua perbezaan antara 'hear and listen'.
Hear
Something that we hear but we don't attend to/do not bother.

Listen
We receive the audio and make sense of it. Ability to react with the input because it is meaningful.

Jadi kita boleh simpulkan yang 'listen' lebih produktif dari 'hear'. Kemudian betul ke kalau kita listen banyak kali (more frequency) kita boleh ingat dan amalkan.?. Atau pendedahan (exsposure) banyak kali yang lebih sesuai menjadikan seseorang itu lebih cepat ingat , faham dan amalkan.

Contoh :
1)Seorang pelajar duduk dalam kelas dibawah kipas mendengar guru mengajar. Kadang kala guru itu mengajar, kadang-kadang guru itu diam. Selepas kelas selesai kenapa pelajar yang keluar dari kelas itu tak keluarkan bunyi kipas yang padahal dipasang tanpa henti, tapi keluarkan perkataan tentang apa yang guru itu ajarkan.

2)Kenapa bayi yang baru 3 bulan keluarkan bunyi 'p', 'b' dulu yang diajarkan oleh ibu bapa, tapi tak keluarkan bunyi buaian yang mereka selalu duduk di dalamnya. Kenapa? Padahal kekerapan buaian itu berbunyi lebih kerap dari bual bicara ibu bapa mereka. Kenapa?

frequency is less important but exposure is important.
(nak terang lebih lanjut tentang teori ni jom masuk kelas)

SUBHANALLAH, saya sangat takjub dengan kelas hari ini. Inilah keistimewaan manusia yang Allah berikan iaitu akal. Walaupun masih bayi, mereka dapat membezakan bunyi apa yang perlu diikut dan bunyi apa yang tidak perlu diikut. Sama juga dengan binatang,meraka juga tahu, bunyi apa yang perlu dikeluarkan. Tiada sesiapa yang mengajar, tapi cukuplah Allah Maha Pencipta menyempurnakan kejadianNya. Akan tetapi kenapa kita kini tidak melakukan apa yang telah Allah tetapkan walaupun ketika kecil dahulu kita pernah menjadi hamba Allah yang sangat patuh. Fikir-fikirkan

Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?” (al-Fussilat: 53)