MY LITTLE CALIPH CONTEST

|

My Little Caliph Contest
Pertandingan Yang Menarik
Mari Join Sebelum 24 April 10 pagi!!!

Alhamdulillah, dikala umur saya berumur 23 tahun, Allah telah menganugerahkan 3 orang anak-anak kecil menyinari hidup kami sekeluarga; Naufal Ilmi 3 tahun, Izzah Insyirah 2 tahun, dan Iffah Maisarah 9 bulan. Walaupun saya bukan ibu mereka, tetapi sebagai mak saudara masih terpikul tanggungjawab keatas anak-anak ini. Bak kata akak saya;

Kak cik : "Kalau meninggal ayah dan mak budak-budak ni, kita sebagai mak dan ayah saudara kena ambil alih tanggungjawab menjaga mereka"

Naufal Ilmi

Sewaktu kecil, semasa Naufal suka menangis, susah juga nak memujuknya. Pelbagai panggilan dipanggil agar dia berhenti tetapi semuanya gagal. Sampai satu tahap, TamNa memanggil naufal dengan nama chef Naufal dan ajaibnya terus Naufal berhenti menangis lalu tersenyum. Memang pelik, tapi kami terus memanggil naufal dengan panggilan itu, CHEF NAUFAL.. Apabila Naufal berumur 1 tahun, Maha Suci Allah, Naufal memang suka memasak. Asalkan balik kampung, dia akan pergi ke dapur untuk bermain dengan kuali dan sudip bukannya permainan yang lain.


Beruntung kak tih, kini dalam usia baru 3 tahun Naufal dah pandai kupas bawang, kacau lauk, dan tolong di dapur. Banyak juga jenis-jenis bahan masakan yang sudah diketahuinya. Mungkin benar panggilan chef masa kecil ada kaitan dengan hobi dia kini. Tetapi neneknya mahu Naufal jadi tahfiz.

Takpe Naufal, Islam itu kan tidak rigid, bagi Tam Na, boleh sahaja menjadi Chef Naufal Al-Hafiz. Sebagai seorang Muslim kita perlu berjaya di dunia dan diakhirat. Harapan Tam Na, walau apapun cita-cita Naufal bila besar nanti, harap Naufal dapat menjadi hamba dan Khalifah Allah yang soleh; sesuai dengan namanya, Naufal Ilmi (dermawan Berilmu). Selamat Maju Jaya Anak Naufal.


Izzah Insyirah & Iffah Maisarah


Masih belum nampak kecenderungan anak-anak ini kepada apa-apa. Biarlah kalian, menentukan cita-cita mendatang kerana mungkin kamu semua lebih mengetahui diri kamu berbanding TamNa, tetapi seperti Naufal iringan doa Tam Na juga kepada izzah dan iffah agar menjadi anak-anak yang solehah, hamba dan Khalifah Allah yang diredhaiNya.

Wahai Anak-Anak Muslim
Terpikulnya tanggungajwab kami keatas kalian,
Melahir, mendidik dan memastikan
Kamu terbina sebagai pejuang kebenaran

Wahai anak-anak Muslim
Lahirnya bukan beban,
Bukannya jua sebagai alasan
Apatah lagi sebagai paksaan
Tapi atas kerelaan mencari pelapis kemudian

Kami Ibu dan Bapa,
Menyayangi, mengasihi sepenuh hati
Seperti yang diajarkan junjungan Nabi
Agar hidup kita diberkati
Di dunia dan akhirat nanti

Wahai anak-anak Muslim
Harapan kami adalah harapan umat kini
Harapan yang sama semenjak zaman dulu lagi
Mendoakan cahaya Ilahi menyinari
Seluruh pelusuk bumi
Dengan kehadiran mujahid, mujahidah sejati
Merawat segala sakit hati
Agar ia bersih mewangi
Seperti yang diingini Allah ya Rabbi

Wahai anak-anak Muslim
Jadilah kalian pemuda dan pemudi
Apabila diseru bergegas berlari
Apabila dicantas tidak mudah berdiam diri
Tidak terpengaruh dengan duniawi
Mencari redha dan ampunan Ilahi
Sumber harapan setiap insani
Ikutilah jalan yang benar hakiki.