APA BEZANYA?

|
Masih ada sinar untuk hari esok.

Adakah manusia tidak pernah berasa bosan dengan isu yang selalu mereka ceritakan? Terasa menarik bagi mereka hal yang dibicarakan walhal sejam yang lalu perkara yang sama diulang.
Ini Pengalaman Saya.

1) Pemandu teksi akan selalu merungut pasal kesesakan jalan raya. JPJ susahkan orang baiki jalan tengah hari waktu kerja. Bila hujan susah nak kerja, cuaca panas lagi bagus.

2) Nak dikatakan setiap cuti sekolah, bila cikgu-cikgu pulang bercuti, tiada isu lain. Murid buat hal, polisi kementerian buat pening kepala, masalah dengan pengetua, staff dan ibu bapa. Dalam seminggu mesti ada yang nak dicerita. Kadang-kadang benda yang sama.

3) Pelajar bila habis kelas cerita pasal pensyarah. Tak puas hati mulalah kasi penyataan macam-macam. Bila pensyarah baik dengan kita berbunga kita puji. Padahal dalam sesetengah perkara salah kita juga.

4) Ahli politik/aktivis politik asyik cerita pasal kesalahan orang lain. Individu parti sendiri, parti lain. Tak ramai yang dapat mengawal manisnya mulut bila bercerita. Sering ikut perasaan.

5) Masa tengah hangat sukan SEA, asyik cerita bola, kemudian kelayakan olimpik pula.TV, astro, surat khabar asyik tayang pasal bola. EPL, UEFA, pemindahan pemain, huh, usah cakap.

Hmm, tapi bukan semua golongan begitu yang terjebak dalam obsesi yang melampau . Saya tidak menyalahkan mereka kerana kita adalah mangsa tipuan serangan pemikiran barat yang menyebabkan kita rasa selesa dengan aktiviti semasa. Namun adakah kita mahu menjadi orang yang sama setiap hari, menghidangkan isu sama yang tidak membangunkan rohani dan intelek. Usah hidup dalam pusingan hidup yang sia-sia. Saya tidak kata salah bercerita pasal benda ini semua, tetapi pasti ada isu yang lebih besar perlu dikongsi dan dihayati.

Mari berubah!

Firman Allah, maksudnya " Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?" (Surah al-Mu'minun: 115)