MENUNGGU IA BERAKHIR

|
Praktikal adalah saat yang memenatkan bagi saya. sekarang sudah 5 minggu berbaki 7 minggu lagi. Tak larat, bukan dengan sekolah, murid tapi dengan sistem..

Pelajar saya tak suka membaca dan bercakap bahasa inggeris. Mereka golongan low intermediate. Kelas ada 5 masa seminggu. Terpaksa menghabiskan grammar, literature dan english skills.

Tak gembira langsung bila tak dapat penuhkan kehendak asas pembelajaran pelajar-pelajar ini. Apa yang saya nak mereka belajar di sekolah adalah;

1. Love English Language.
2. Love School.
3. Love knowledge.
4. Can think

Rasa-rasa dapat ke mereka semua ni kalau hari-hari masuk kelas, suruh buka buku teks, berkejar habiskan syllabus, tiap-tiap minggu ada observation. Inilah pendidikan yang membosankan bagi para pelajar dan guru sejenis saya.

Saya impikan kelas dimana penuh dengan motivasi, berfokus dan mencapai matlamat. Riang ria dengan permainan, muzik tanpa mengerut dahi memikirkan berapa banyak lagi syllabus tidak habis. Anda pernah pergi ke sekolah New Zealand?.. Anda akan lihat pelajar yang demam pun sgt beriya pergi ke sekolah.

Tapi ada orang peduli? Kementerian apatah lagi. Akhirnya jadilah pelajar kita robot yang tak mampu berfikir dan menghargai ilmu. Kesian kamu semua, dan guru-guru yang berkobar untuk melahirkan generasi yang mantop!

SEPERTI DI TAIF

|

Ingatkah ucapan Rasullallah ketika berada di Thaif

"Wahai Tuhanku, kepada Engkau aku adukan kelemahan tenagaku dan kekurangan daya-upayaku pada pandangan manusia. Wahai Tuhan yang Maha Rahim kepada siapa Engkau menyerahkanku? Kepada musuh yang akan menerkamkan aku ataukah kepada keluarga yang engkau berikan kepadanya uruskanku, tidak ada keberatan bagiku asal aku tetap dalam keridhaanMu. Pengetahuan Mu lebih luas bagiku. Aku berlindung dengan cahaya mukaMu yang mulia yang menyinari segala langit dan menerangi segala yang gelap dan atasnyalah teratur segala urusan dunia dan akirat, dari Engkau menimpakan atas diriku kemarahanMu atau dari Engkau turun atasku azabMu kepada Engkaulah aku adukan permasalahanku sehingga Engkau ridha. Tidak ada daya dan upaya melainkan dengan Engkau"

Kita memang selalu buat salah,. Ya, dan ia sering berlaku berulang kali. Percayalah kadang-kadang kita sentiasa berusaha untuk menjadikan diri kita lebih baik hubungan dengan sesiapa sahaja. Hatta ketika kita terbuat salah itu sekali lagi, kita amat menyesali. Tetapi adakah semua manusia tahu?

Hanya kerana aku adalah manusia dan mereka juga manusia.

Ketika Rasullallah menyandarkan kelemahan keatas diri beliau yang mulia, kenapa kita tidak begitu. Aku tahu dalam setiap permasalahan tudunglah jari ke diri dahulu, kerana ia mengurangkan sengketa, menambah tawadhuk dan menyucikan jiwa.

Dari Allah ia datang dan kerana Allah aku mengadu. Bersediakan anda untuk ditarbiyah?

Maafkan diri wahai sahabat, kerana aku manusia dan kau juga manusia.

-aku seperti di Thaif-

APA BEZANYA?

|
Masih ada sinar untuk hari esok.

Adakah manusia tidak pernah berasa bosan dengan isu yang selalu mereka ceritakan? Terasa menarik bagi mereka hal yang dibicarakan walhal sejam yang lalu perkara yang sama diulang.
Ini Pengalaman Saya.

1) Pemandu teksi akan selalu merungut pasal kesesakan jalan raya. JPJ susahkan orang baiki jalan tengah hari waktu kerja. Bila hujan susah nak kerja, cuaca panas lagi bagus.

2) Nak dikatakan setiap cuti sekolah, bila cikgu-cikgu pulang bercuti, tiada isu lain. Murid buat hal, polisi kementerian buat pening kepala, masalah dengan pengetua, staff dan ibu bapa. Dalam seminggu mesti ada yang nak dicerita. Kadang-kadang benda yang sama.

3) Pelajar bila habis kelas cerita pasal pensyarah. Tak puas hati mulalah kasi penyataan macam-macam. Bila pensyarah baik dengan kita berbunga kita puji. Padahal dalam sesetengah perkara salah kita juga.

4) Ahli politik/aktivis politik asyik cerita pasal kesalahan orang lain. Individu parti sendiri, parti lain. Tak ramai yang dapat mengawal manisnya mulut bila bercerita. Sering ikut perasaan.

5) Masa tengah hangat sukan SEA, asyik cerita bola, kemudian kelayakan olimpik pula.TV, astro, surat khabar asyik tayang pasal bola. EPL, UEFA, pemindahan pemain, huh, usah cakap.

Hmm, tapi bukan semua golongan begitu yang terjebak dalam obsesi yang melampau . Saya tidak menyalahkan mereka kerana kita adalah mangsa tipuan serangan pemikiran barat yang menyebabkan kita rasa selesa dengan aktiviti semasa. Namun adakah kita mahu menjadi orang yang sama setiap hari, menghidangkan isu sama yang tidak membangunkan rohani dan intelek. Usah hidup dalam pusingan hidup yang sia-sia. Saya tidak kata salah bercerita pasal benda ini semua, tetapi pasti ada isu yang lebih besar perlu dikongsi dan dihayati.

Mari berubah!

Firman Allah, maksudnya " Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?" (Surah al-Mu'minun: 115)

DATANG dan PERGI

|

Alhamdulillah hari selasa yang lepas telah bertambahnya seorang muslimah di dunia ini dengan kelahiran bayi kecil bangndak yang pertama. Ahlan wasahlan Irdina Qaisara ke alam dunia yang pasti menghidangkan ujian-ujian kesukaran yang mengajar erti pengorbanan; dan sebaik-baik pengakhiran adalah untuk orang yang beriman. Doa TamNa agar keturunan ini mendapat Rahmat, pertolongan dan keredhaan Ilahi sehingga akhirat nanti. Jadilah anak solehah, penyumbang kebaikan pada ummah dan TamNa akan cuba menjadi ibu saudara yang sering ihsan kepada kalian.

Bertakwalah kamu kepada Allah dan perbaikilah keadaan perhubungan di antara kamu, serta taatlah kepada Allah dan RasulNya, jika betul kamu orang-orang yang beriman - (Surah al-Anfal, ayat 1).

Disebalik penantian yang berakhir dengan kegembiraan, ada sebilangan ibubapa yang menutup penantian dengan kesedihan. Selang sehari Irdina lahir, anak kedua abang Fizi tidak sempat melihat dunia kerana lahir tidak cukup bulan. Anak pertama abang Fizi, Amru juga tidak cukup bulan tetapi Allah memilih anak kedua ini sebagai bukti KebesaranNya menghidup dan mematikan setiap nyawa.

"Kami telah menciptakan kamu; maka mengapa kamu tidak membenarkan? Adakah kamu perhatikan (benih manusia) yang kamu pancarkan? Kamukah yang menciptakannya? Ataukah Kami yang menciptakannya?" (Al- Waqiah:57-59)

Semoga Allah memelihara bayi kecil itu dalam jagaanNya untuk kemudahan bagi ibubapanya pada alam akhirat nanti. Takziah kepada abang Fizi dan keluarga. Harapan agar Redha dan sabar kalian mengiringi manisnya percaturan Tuhan untuk sebuah kehidupan.

CUACA PANAS !!

|

Semalam keluar ke giant bersama Kumutha menaiki kancil pada pukul 12.30pm. Memandangkan kancil yang amat ku kasihi itu belum ber'tint' jadi kami menerima panahan bahang panas secara langsung dari matahari. Memang panas sehingga sudah cukup membuatkan kami berpeluh-peluh dan pening kepala.


DSPJ : Panaskan kumu. Ada junior tu kata dekat saya suhu sekarang dah 41 celcius
KUMU : Oo, Ni baru sikit , neraka lagi panas.
DSPJ : Ye ye, betul kumu. kita ni sangat lemah kan, panas macam ni pun dah tak larat, nanti dekat neraka lagi teruk.
KUMU : Ni baru 1 peratus je dari panas neraka.
DSPJ : Tu pun dah tak tahan, macammana lah kat neraka nanti, tu pun ramai je antara kita yang masih lagi banyak buat dosa dan tak bersyukur. Kita ingat kita ni bagus, smart sangat padahal nak dibandingkan dengan Tuhan kita ni makhluk kecil yang takda apa pa pun. huu

(*sambil dalam hati aku melihat kumu sayu)

Bila balik bilik, memang tidak tahan sebab kepada dah mula berdenyut -denyut dan selesema yang baru dihadapi menyebabkan agak sukar untuk bernafas. Aku terbaring sekejap sehingga tidak sedar sudah terlewat sembahyang zuhur dari biasa . Astaghfirullah.

Setelah selesai solat, apabila melihat tikar sejadah, tiba-tiba aku terfikir akan kekerdilan diri ni sebagai hambaNya. Sangat jauh beza iman berbanding golongan sahabat dahulu. Ketika aku mengadu akan panasnya terik matahari, aku tahu panas terik yang dihadapai Bilal Bin Robah, Khalid Bin Said lebih dasyat. Ketika panahan matahari di padang pasir menyelaputi anggota mereka, iman mereka masih teguh dan kalimah tauhid menjadi kekuatan mereka.
Aku pasti jika arahan solat telah diwajibkan ketika itu walau dalam kesakitan pun, Bilal Bin Robah akan menyahut awal panggilan solat. Khalid Bin Said juga akan turut serta memuliakan seruan Ilahi itu meskipun badan baru diinjak-injak batu. Subhanallah inilah generasi sahabat yang mulia. Apakah sedikit denyutan kepala berjaya membuatkan aku lemah dalam mendahului keutamaan dalam mengabdikan diri kepada Allah. Memang benar sabda Rasullallah;

Mukmin yang kuat lebih dicintai Allah dari mukmin yang lemah,
dan masing-masing memiliki kebaikan.
Bersemangatlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan mohonlah pertolongan kepada Allah dan jangan merasa malas, dan apabila engkau ditimpa sesuatu maka katakanlah "Qodarulloh wa maa syaa'a fa'al, Telah ditakdirkan oleh Allah dan apa yang Dia kehendaki pasti terjadi". [HR. Muslim]


Maka didalam bulan Ramadhan ini seharunya, aku menyeru diri ini dan kepada lain menjadi lebih kuat. Ye, bila kita kuat, maka kita akan mencari kekuatan untuk melakukan ketaatan kepada Allah dengan lebih baik!

PANDANGAN MANUSIA

|

Banyak permasalahan yang berlaku sekitarku minggu ini. Aku melihat manusia semakin tertipu dengan dunia, dengan definasi dan dengan agama Islam yang mulia ini. Manusia sering memberi kefahaman yang mereka rasakan benar tanpa disusuli hujah dan sumber dan penghayatan yang mendalam. Bukan aku rasakan aku lebih faham, cuma aku sebagai orang biasa merasa tertekan dengan penyataan yang amat memeritkan perasaan.


"Makcik makcik lebih sukakan orang yang pakai tudung labuh sebab ia menunjukkan kefahaman dan mujahadah yang tinggi"

Sangat judgemental. Apabila mendengar kata-kata ini, aku tidak lantas membantah tetapi aku berfikir. Sedih. Aku teringat model tarbiyah yang aku pelajar, faquhu, faqihi. Aku teringat tulisan asas-asas Islam dari Ust Abu Al A'la Maududi tentang siapakah yang dikatakan Muslim. Ia mungkin ada kebenaran, tetapi aku merasa sesak melihat definasi kefahaman dan mujahadah ini diertikan dengan pemakaian. Betul, kefahaman dalaman akan mempengaruhi luaran, tetapi jika seorang individu memakai pakaian Islam cukup syaratnya, tetapi tidak memakai tudung labuh adakah kita boleh melabel mereka kurang faham dan kurang mujahadah.

Kemudian, kata-kata ini.

"Pensyarah ni lebih sayang kitorang daripada korang. Dari dulu lagi, dia memang camtu."

Manusia memang kurang mampu menjadi adil. Sangat kecewa bila mengetahui wujud lagi sifat pendidik yang sebegini. Apa bezanya kami? Kerana kelas yang berbeza, kasihnya juga berbeza. Adakah lantai-lantai, meja-meja dan kerusi itu membuatkan kita sangat lain? Merepek, tapi itulah hakikatnya. Susahkan jadi adil. Mungkin sebab itu adil itu dekat dengan taqwa.


Aku sangat merindui qudwah Rasullallah s.a.w yang mulia. Aku rindu santun budi bicaranya, kasihnya yang melimpah, adilnya, lembutnya pada setiap insan. Ya Allah Maha Suci engkau menciptakan manusia sehebat ini. Aku rindu titipan nasihatnya yang barokah dan pemahamannya yang meluas. Selawat ke atas Baginda.

ALLAH ITU MAHA TAHU

|

Kita ni memang sangat lemah. Dikala kita ingin menjadi manusia lebih baik, terkadang ada hembusan-hembusan halus jahiliyah menuju masuk ke cuping telinga. Kita sering diuji dengan perasaan menipu daya. Tipu daya dunia yang tipikal tetapi sudah cukup untuk menguji manusia yang lemah dan serba kekurangan.

Apabila melihat di awan aku merenung perjalanan hidup di dalam jalan ini. Pelbagai badai datang cuba menjatuhkan tembok yang dibina untuk menjaga benteng keimanan. Mungkin suatu ketika Allah menguji kita dengan cinta. Ya, perasan yang romantis konon diawalnya. Terbayang, terhanyut kerana fikiran yang melayang. Tidak tentu arah, kalau tiada pimpinan boleh mengundang kehinaan. Bagaimana harus mengawal emosi fitrah ini? maka tiada jalan lain, selain kembali kepada Allah Yang Maha Tahu. Peliharalah Allah, Allah akan memelihara kamu.

Dan rahasiakanlah perkataanmu atau lahirkanlah; sesungguhnya Dia Maha Mengetahui segala isi hati. (Al-Mulk; 13)

Allah Maha Tahu. Kita sering berdolak dalih dengan alasan sendiri. sebagai contoh, satu hari terasa ingin berbual panjang dengan dia. Ketika ingin memulakan bicara,, kelihatan si dia sungguh sibuk. Esok harinya, ada diskusi dan lusa tidak dapat berjumpa. Oleh itu jika difikirkan kenapa hal ini berlaku? Percayalah, bahawa sesungguhnya Allah telah memelihara kita. Allah Maha Tahu segala yang diniatkan hambanya. Allah masih menyayangi dan tidak putus menyediakan yang terbaik untuk kita kembali bersih seperti mana yang sering didoakan. Sweetkan Allah. Apabila kita cuba melangkah keluar dari ajaranNya, dia menarik lembut kita agar kembali bertaut padanya supaya kita tidak kotor lagi.

Alhamdulillah, berikanlah kami kekuatan dalam melakukan ketaatan kepadamu. Sesungguhnya tiada kekuatan kami tanpa pertolongan mu Ya Allah.