Layari: attuffahumairah.blogspot.com
MAULIDUR RASUL GIVEAWAY
Layari: attuffahumairah.blogspot.com
SELAMAT LANJUT USIA
200111
Masuk hari ini, mengikut kalendar masihi, umurku dah mencecah angka 23 tahun! Penuh facebookku dengan post dari kawan2 college, sepupu, kawan2 IPTI dan UPM. Hmm, puas juga nak reply post semua, tapi aku gembira sebab sekurang-kurangnya mereka masih ingat tarikh lahir aku.
Memandangkan dulu, aku sekolah semua perempuan,so ikatan antara kami agak kuat sehingga harini. Mungkin sebab itu hampir, 3/4 dari post dalam wall facebookku adalah dari mereka. Di Kolej dulu, kalau 20 januari je, ada empat orang yang sama tarikh lahir. Aku, Kadat, Nurul dan Naqe'. Takda lagi dalam sejarah empat orang sekaligus lahir sama dalam satu batch sepanjang aku belajar. Jadi, we declare' this is among our uniqueness' in survivor 0105.
Tadi ketika sibuk membaca post2 yang banyak itu, tertarik dengan post oleh Mama, assistant batch leader ku.
"happy bitrhday Khadhratun NadiahNOr NaQuiahNurul HusnaNurul Farhana ...teringat
nyanyi lagu birthday tuk korg kat college..bersambut² :p"
Wah, sesungguhnya aku pun teringat zaman dulu, bila birthday kami tiba satu batch akan tunggu kami kat tingkat atas bangunan dan tunggu empat-empat birthday girls ni sampai. Bila kami menjelmakan diri, bergemuruhlah blok akademik dengan sahutan suara menyanyikan lagu happy Birthday(versi keturunan CS) dengan sepuas hatinya. Perkara ini memang dah jadi adat sekolah, so cikgu2 pun macam dah tak kisah. Kalalu hiruk pikuk je kelas haritu confirm ada birthday student.. Terima Kasih cikgu2 yang sporting!

Cuba teka siapa yang planned dan lead nyanyian untuk kami.. Yeah, dia adalah Fansu'. My batch leader. Saya memang 'respect' Fansu' sebagai ketua kami kerana dia memang sangat thoughful, sporting, smart, humble dan boleh bekerja dengan sesiapa sahaja.
Hmm, bila teringat sejarah dahulu, memang banyak yang boleh kita belajar. Antaranya dari segi kepimpinan. Seringkali jika aku befikir, ciri ketua yang mana ingin aku cari, pasti terlintas di kepala ini ciri2 individu seperti fansu'. Akan tetapi, bila mana kita semakin mengetahui tentang Islam, pasti individu yang paling layak diagungkan adalah Rasullallah s.a.w itu sendiri. Hakikatnya, tidak kira tokah hebat mana pun zaman dahulu, pasti terdapat segala ciri-ciri kebaikannya dalam diri Nabi Muhamad s.aw. Beliau adalah manusia yang paling layak dicontohi..
Kini, usiaku sudah pun 23 tahun tetapi kelihatan seperti kurangnya daya pemimpin yang terhasil . Oleh itu aku merasa kebutuhan untuk meningkatkan diri menjadi lebih kuat dalam memimpin diri sendiri.
"Today i would like to thanks to all for the wishes..your remembrance keep me going n valued this life even more. Realizing that my age is getting older reminds me of death that sure will come very near!! Happy Birthday to all who celebrates it today..Thank you Allah"
NILAI DIRI

Seringkali kalau aku berbicara tentang masa kecil dan remaja, pasti tidak banyak cerita manis boleh dicerita. Rata –rata hanya kenangan pahit dan menyecewakankan. Jadi aku rumuskan, usia mudaku tidak istimewa.
Semalam, aku pergi ke Giant Seremban untuk membeli barang. Ketika sibuk mencari barang, terdengar suara memanggil. “husna,husna”. Wah (gembiranya mendengar orang menyebut namaku dengan panggilan penuh). Rupa-rupanya Wawa, kawan tadika yang hampir tidak ku kenal wajahnya.
Wawa : Hai cikgu kan?
Aku : Eh, lambat lagi. Lagi 2 tahun. Eh doktor cuti ker?
Wawa : Haah cuti, esok nak balik India ni.
Kemudian datang, mak wawa menghampiri sambil raut wajah tercengang-cengang.
Wawa : Mak, husna ni.
M.Wawa : o, yang mana satu ea?
Wawa : Ala, anak mak cik…..apa nama tu husna
Aku : Mak cik ingat tak, dulu mak cik yang sambut saya masa lahir.
M. Wawa : Ha! Husna. Dah besar. Ish lahir bulan satu kan.eh bile lahir aritu.
Aku : ye, Januari.
M. Wawa : (sambil tersenyum). Haah lepas sambut husna, mak cik mengandung wawa.
(wawa lahir bulan 10)
Walaupun, makcik zizah tak perasan aku tadi, hakikatya beliau adalah antara manusia yang amat gembira bila bersua dengan ku. Ingat lagi masa terjumpa di surau Kg. Sega Hilir 3 tahun lepas, ayat yang sama masih disebut dengan ‘excited’. “Husna, berkat sambut husna haritu mak cik dapat wawa”. Mungkin kerana kegembiraannya aku dan wawa still update pasal hal masing-masing walaupun hanya pernah belajar masa tadika sahaja bersama-sama.
Hakikatnya inilah kehidupan. Selalu kita merasa bahawa kewujudan kita ni tidaklah memberi kesan yang besar pada orang lain sebab ramai yang lebih baik tidak kira dalam apa jua bidang. Pada satu saat kita rasa ‘we are nobody’. Akan tetapi bila aku terjumpa dengan makcik zizah dan wawa semalam, baru aku perasan yang sebenarnya, kewujudanku ketika baru lahir itu sendiri telah memberikan kegembiraan dan kesan yang sangat bermakna untuk seseorang dimana kegembiraan itu tidak pernah hilang semenjak dia menyambutku ketika lahir sehingga aku berusia 22 tahun sekarang. Atas dasar lain, bila di lihatnya aku, bertambah lagi kasih dan syukurnya kepada Allah atas anugerah memperoleh wawa sebagai anak perempuan tunggal dan bongsu dalam keluarga.
Ya. Manusia itu tidak kira siapa memang telah wujud potensi diri yang hebat. Bukan hanya boleh menggembirakan individu, malah kita bisa mengubah dunia dan manusia. Lihatlah sejarah, pandanglah Bilal bin Robah. Siapa sangka hamba yang lemah boleh menjadi insan yang dikenali sebagai muazzin Islam yang pertama, Ahli Badar dan pemakai terompah disyurga. Bilal sendiri mungkin tidak pernah memimpikannya ketika jahiliyyah. Tapi, itulah Bilal, antara pemeluk agama Islam Awal. Maka percayalah kita sebagai khalifah memiliki kuasa yang luar biasa, selagi menjadi hamba Allah yang sentiasa ingin dicintaiNy
Terima Kasih kepada sebuah kenangan yang membuatkan aku lebih menghargai diri ini. Aku ISTIMEWA.
ISU GANYANG MALAYSIA , GANYANG INDONESIA
Bagi saya, ini adalah satu perkara yang memalukan bagi kedua-dua negara yang majoriti berpendudukan Islam dan Melayu. Teringat akan kata-kata tuan Ulama' Sheikh Ahmad, bekas mufti pertama negeri sembilan "Jangan suka membesarkan perkara yang kecil" kerana pasti apabila ia terlalu dilayan, akan menyebabkan bahana yang besar. Oleh sebab itu Islam menggalakkan pemaafan dan sangka baik dalam setiap perkara. Malaysia dan Indonesia umpama adik beradik dan sukar untuk berdiri sendiri tanpa pertolongan antara satu sama lain. Mari kita kembali kepada sejarah bagaimana nenek moyang kita dahulu memelihara baik hubungan dua negara ini.

ACHEH DAN MELAKAIngatkah kita akan peristiwa penjajahan Portugis ke atas Melaka. Mensoroti zaman kegemilangan Islam di nusantara, persaudaraan antara Acheh dan Melaka sangat hebat. Ketika Melaka diancam Portugis, Acheh adalah negara yang bertungkus lumus menghantar tentera ke Melaka melawan penjajah selain tentera Islam dari Pattani, Thailand. Pada masa itu, apa yang diutamakan bukan harta dan nama tapi keikhlasan menyelamatkan saudara seakidah dari serangan musuh.

PROF. DR HAMKA
Mungkin ada sebilangan remaja kini yang tidak mengenali beliau. Nama sebenar HAMKA adalah Haji Abdul Malik Bin Karim Amrullah, seorang ulama sohor di Indonesia. Beliau adalah tokoh ilmuwan terkenal di nusantara dan pernah menerima anugerah khas dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Hendak diceritakan bahawa betapa cintanya HAMKA pada Malaysia, apabila Malaysia mendapat kemerdekaan beliau menangis kerana kegembiraan melihat tanah saudaranya di Malaysia telah bebas. Itulah cinta sahabat yang sejati.
Mungkin kita perlu menghayati sejarah yang lalu untuk menyedari siapa diri kita. Hakikatnya, Malaysia tidak mampu wujud tanpa pertolongan Indonesia dan Indonesia tidak mampu kekal lama tanpa Malaysia. Tiada sipa boleh maju dan 'survive' tanpa pertolongan orang lain. Marilah kita bersama menjalin hubungan dan eratkan perpaduan. Bukankah ukhwah itu indah.
KEISTIMEWAAN MAKHLUK
Assalamualaikum w.b.t kepada semua, setinggi kesyukuran diucapkankepada Allah Maha Penyayang yang masih memberi peluang kehidupan serta nikmat Islam serta Iman. Lebih kurang 4 bulan tidak menulis, rasa janggal bila hendak memulakan pendahuluan. Banyak kisah yang berlaku sepanjang cuti semester, namun apa yang hendak saya kongsikan kali ini ialah mengenai kuliah pertama saya dengan Dr. Fauziah Hassan dalam kelas Teaching of Listening and Speaking.
Tahukah anda semua perbezaan antara 'hear and listen'.
Hear
Something that we hear but we don't attend to/do not bother.
Listen
We receive the audio and make sense of it. Ability to react with the input because it is meaningful.
Jadi kita boleh simpulkan yang 'listen' lebih produktif dari 'hear'. Kemudian betul ke kalau kita listen banyak kali (more frequency) kita boleh ingat dan amalkan.?. Atau pendedahan (exsposure) banyak kali yang lebih sesuai menjadikan seseorang itu lebih cepat ingat , faham dan amalkan.
Contoh :
1)Seorang pelajar duduk dalam kelas dibawah kipas mendengar guru mengajar. Kadang kala guru itu mengajar, kadang-kadang guru itu diam. Selepas kelas selesai kenapa pelajar yang keluar dari kelas itu tak keluarkan bunyi kipas yang padahal dipasang tanpa henti, tapi keluarkan perkataan tentang apa yang guru itu ajarkan.
2)Kenapa bayi yang baru 3 bulan keluarkan bunyi 'p', 'b' dulu yang diajarkan oleh ibu bapa, tapi tak keluarkan bunyi buaian yang mereka selalu duduk di dalamnya. Kenapa? Padahal kekerapan buaian itu berbunyi lebih kerap dari bual bicara ibu bapa mereka. Kenapa?
frequency is less important but exposure is important.
(nak terang lebih lanjut tentang teori ni jom masuk kelas)
SUBHANALLAH, saya sangat takjub dengan kelas hari ini. Inilah keistimewaan manusia yang Allah berikan iaitu akal. Walaupun masih bayi, mereka dapat membezakan bunyi apa yang perlu diikut dan bunyi apa yang tidak perlu diikut. Sama juga dengan binatang,meraka juga tahu, bunyi apa yang perlu dikeluarkan. Tiada sesiapa yang mengajar, tapi cukuplah Allah Maha Pencipta menyempurnakan kejadianNya. Akan tetapi kenapa kita kini tidak melakukan apa yang telah Allah tetapkan walaupun ketika kecil dahulu kita pernah menjadi hamba Allah yang sangat patuh. Fikir-fikirkan
“Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?” (al-Fussilat: 53)