MENGASIHANI DAN MENGHARGAI

|

Pagi yang nyaman hari ini dikejutkan dengan panggilan dari kak tih. Aku jawab telefon dan terdengar suara anak naufal yang berumur setahun 11 bulan memanggil-manggil namaku

Naufal : Tam Na!!
Di Sepanjang Jalan : Ye, Naufal sihat? dah baik ke deman
Naufal : Tam Na!, hnnkjl nihfnfa ffin nafafh afn . (masih lagi belum pandai
bercakap)
Di Sepanjang Jalan : Ooo, naufal balik kampung minggu depan ea.
Naufal : Hun mnahubaf aa ancaa aa cnsa na (jawab naufal)

Lantas kak tih menyampuk ,

Kak Tih : Haah balik minggu depan, pergi kenduri. Naufal, cakap lagi dengan Tam
Na. (menyuruh naufal terus berbual denganku)
Naufal : mmmm, tnnddu nua.
Di Sepanjang Jalan : Apa maksud ea tu (sambil diketawakan oleh kak tih)
Kak Tih : Ok Naufal, cakap assalamualaikum Tam Na.
Naufal : hmmn jua dadhda Tam Na !
Di Sapanjang Jalan : Assalamualaikum Naufal!
Kak Tih : Tata Tam Na!
Naufal : Tata Tam Na! (akhirnya faham juga)
Di Sepanjang Jalan : Tata Naufal.

End Call.

Semalam semasa 'discussion' dengan kawan, aku pergi mencari handphone di dalam beg. one missed call from kak tih. Di dalam hatiku berkata " Kenapa kak tih telefon ni?". Kemudian aku tanpa fikir panjang menelefon balik. Rupa-rupanya kak tih telefon sebab naufal asyik sebut nama Tam Na je dari semalam. Dia demam mungkin sebab tu tiba-tiba teringat Tam Na dia. Ingatkan boleh cakap dengan Naufal sekali tapi dia dah tidur, kepenatan.Huhu, comel. Alhamdulillah harini dia sudah sihat dan boleh kami berbual-bual.

Subhanallah, itulah kasih sayang. Jika hendak diukur dengan akal, kami memang jauh berbeza. Dia seorang anak kecil yang tidak tahu apa-apa tentang ukhwah, tetapi aku seorang dewasa yang InsyaAlah ada ilmu tentangnya. Dia seorang kecil yang masih belum berkesempatan menyusun perkataan untuk dijadikan satu ayat sempurna, tetapi aku sudah pandai membuat banyak ayat dan boleh menghasilkan satu cerita panjang sarat dengan makna. Oleh yang demikian, adakah perbezaan usia, darjat dan ilmu itu penghalang untuk kita berkomunikasi dan menyayangi. Sungguh tidak benar, kerana pokok pangkalnya semua berasal dari hati. Walaupun, hanya satu ayat yang mampu diucapkan, hargailah kerana makna yang tersimpan amat luas apatah lagi ia lahir dari hati anak kecil yang masih suci. Marilah kita bersama mencontohi sifat penyayang Rasullallah s.a.w kepada anak-anak kecil.

Sayyidatina Aisyah r.anha juga meriwayatkan : bahawa datang seorang Badwi kepada Rasulullah s.a.w. :Kalian suka benar menciumi anak, sedang kami tidak pernah melakukan yang demikian itu. Maka Rasulullah s.a.w. segera membalas "Apakah yang hendak kukatakan bila rahmat sudah hilang tercabut dari seseorang."

Baginda s.a.w. selalu menggembirakan hati anak-anak, dan bila datang seorang membawa bingkisan, berupa buah-buahan misalnya, maka yang pertama diberinya, ialah anak-anak kecil yang kebetulan ada di majlis itu, sebagai yang diriwayatkan oleh Al-Imam Ibnu Sunniy dan Al-Imam At-Thabrani rah.

Daripada Ibnu Abbas daripada Nabi Muhammad saw sabdanya bermaksud: "Bukan daripada kumpulan kami mereka yang tidak menghormati orang tua dan tidak menyayangi anak-anak kecil serta tidak menyuruh dengan perkara yang makruf dan mencegah daripada perkara mungkar." (Hadis riwayat at-Tirmizi)

MAK DAN AYAH

|

Cuti minggu ini, sempat aku pulang ke kampung menjengah mak dan ayah. Tujuan utama adalah mengambil novel MACBETH tulisan William Shakepeare untuk kelas Teaching of Drama. Apabila sampai di Seremban, ayah jemput di ktm dan Alhamdulillah sampai rumah lebih kurang pukul 11.3o. Tiba dirumah,aku lihat 3 wanita istimewa sedang sibuk memasak untuk majlis di surau petang itu, sungguh sibuk dan lantas aku mengangkat sudip, turut serta. Kemudian, ketika sibuk berlegar2 di rumah, kelihatan oleh aku majalah milenia muslim edisi januari 2010 bertajuk utama "Penangan Si Tangkang Moden". Menarik! Aku simpan dalam beg untuk dibaca esok dalam komuter memandangkan banyak lagi kerja perlu diselesaikan dirumah.

DI DALAM KOMUTER
Seremban sungguh syahdu pagi itu mungkin kerana aku harus pulang ditambah pula dihantar oleh mak dan ayah. Komuter datang tepat pada waktunya dan aku segera masuk mencari tempat duduk sesuai lantas membaca majalah milenia.

HELAIAN PERTAMA
'jangan biarkan ibumu menangis".. Artikel itu sunnguh menggamit hati. Entah kenapa, aku tanpa sengaja mengalirkan air mata apabila terbaca hadith Rasullallah s.a.w ini.


Sahih Bukhari daripada Abdullah, katanya : "Aku bertanya kepada Nabi Muhaamad SAW, amalan manakah paling disukai Allah Azza Wajalla?Baginda menjawab, solat pada waktunya. Abdullah berkata, kemudian apa? Baginda menjawab, kemudian berbakti kepada kedua-dua orang tua. Dia berkata lagi, kemudian apa? Baginda menjawab, jihad pada jalan Allah."


Padahal, dah selalu aku dengar hadith ini, namun kali ini aku benar benar terasa. Mungkin disebabkan dilema yang menyelubungi diri selama ini dimana dengan percaturan Allah terjawab sudah akhirnya. Sungguh, semakin lama kita hidup dan melayari alam yang serba sandiwara ini semakin jelas diihadapan kita lompong2 yang kita tidak sedari. Ia realiti yang kadang kala kita tidak ambil peduli. Di dalam artikel ini ada menyebut bahawa hadis ini menunjukkan besarnya kedudukan ibu bapa dalam Islam dimana berbakti kepada ibu bapa adalah amalan yang patut didahulukan daripada perkara lain. Termasuklah berjihad selagi ibu bapa itu tidak mengajak kearah kemungkaran. Perintah untuk menyembah Allah SWT dan larangan mensyirikkanNYA diikuti dengan berbuat baik kepada ibu bapa menunjukkan betapa kuatnya hubungan antara persoalan taat pada Allah dan juga taat kepada ibu bapa.

Kala ini, manusia berlumba-lumba mencintai dan mengasihi orang lain lebih daripada ibu bapa kandung sendiri. Sibuk kita mencium tangan kekasih, guru-guru dan alim ulamak akan tetapi tangan mak dan ayah jarang sekali disentuh walhal mencium tangan ibu bapa sendiri sudah terkandung berkatnya. Memang benar mencium tangan guru2 dan alim ulamak ada kebaikannya namun manusia yang paling utama yang patut dihormati adalah 2 insan mulia yang mendidik, mengasuh, menjaga dan mengasihani kita semasa kecil hingga dewasa.

"Dan hendaklah kamu beribadah kepada Allah SWT dan janganlah kamu sekutukan DIA dengan sesuatu apapun. "Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa kamu, kaum kerabat, anak yatim, orang miskin, jiran tetangga yang dekat dan jauh, rakan sejawat, orang yang bermusafir dalam kesusahan dan hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah SWT tidak suka kepada orang yang sombong, takbur dan suka membangga diri."- Surah An-Nisa' ayat 36-

sedikit petikan dari majalah milenia muslim

MAKAN

|


Genap 9 hari Ramadhan yang luar biasa itu berlalu. Lalu mampukah kita meneruskan tarbiyah yang disemai tatkala Ramadan itu agar terus mekar hingga ketemu lagi Ramadhan tahun depan. Aku menasihati diri aku sendiri samada aku berjaya memisahkan adat kebiasaan yang remeh dalam saki baki kehidupan ini. Bulan Ramdhan itu amat mengajar erti sebenar kebiasaan dan keutamaan. Sedia maklum orang Malaysia makan 5 kali dalam sehari namun ketika Ramadhan hanyalah dua kali. Sahur dan berbuka. Biarpun hanya 2 kali umat Islam masih mampu melakukan pelbagai kerja pada waktu dan beribadah pada malam hari. Dengan makan dua kali itu sahaja para doktor kegembiraan melihat pesakit diabetis dan darah tinggi dalam keadaan stabil. Islam itu hebat dan Allah tidak akan sesekali menzalimi hamba-hambanya.


Terfikir jua aku pada suatu hari, kenapa perlu makan sehingga 5 hari selama ini. Kenapa aku perlu menghabiskan duit dan membiarkan badan membesar semata-mata untuk memenuhi nafsu makan dan tuntutan adat ini. Teringat satu kisah ketika seorang tabib datang ke Mekah (or madinah tak silap) dengan niat ingin memberi bantuan perubatan kepada penduduk disitu. Akan tetapi selang beberapa hari dan minggu tiada seorang pun penduduk disitu datang dan mengadu mempunyai masalah kesihatan. Semuanya sihat. Ditanya tabib itu kepasa Rasullallah s.a.w kenapa hal ini berlaku, Rasullallah bersabda. "kami adalah umat yang mengamalkan makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang"


Adakah orang yang kenyang itu hebat? tidak. Jika dilihat dalam sejarah, seorang sahabat Abu Dzar Al-Ghaffari memberikan hadiah ubat-ubatan kepada beliau. Ditanya oleh Abu Dzar, "kenapa kau memberikan aku semua ini". Sahabat itu menjawab " Untuk melancarkan usus agar tiada masalah untuk pencernaan". Lalu Abu Dzar menjawab "Selama ini aku tidak pernah pun makan sehingga kenyang". Itulah hebatnya jika manusia tahu yang mana keutamaan dan yang mana tidak. Hal ini ditunjukkan oleh kezuhudan Abu Dzar yang amal ibadahnya sangat hebat dan mantop. Beliau pahlawan hebat dan menjadi orang kebanggaan nabi Muhammad s.a.w. Keutamaan beliau adalah Allah bukannya perkara remeh. Ya, makan it perlu tapi letakkanlah pada yang sepatutnya. Marilah kita mengambil ikhtibar kerana sesungguhnya kekuatan itu datang dari dalam yang berteraskan iman dan taqwa bukannya sumber yang lain. Renungan dan teguran untuk diri sendiri juga yang sering mengadu kelaparan dan lalai dalam penambahbaikan.

Oleh itu, sempena bulan syawal ini saya ingin memohon kemaafan kepada semua pengunjung blog ini. Jika ada perselisihan atau ketidak puasan hati selama saya menulis harap dimaafi. Terima kasih kepada mereka yang telah menyeriakan Ramadhan dan syawal ku.

Gambar di hari Raya kedua bersama keluarga

RAMADHAN MODE

|


Assalamualaikum sisters and brothers, let us together achieve a great thrill in this barokah month. I am Nurul Husna Bt Mohd Noor will vanish for a month (in blogging only) to fill in the spaces i used to overlook before. I hope through thick and thin,ups and downs, we still capable to reach our equilibrium. Whatever happens, the return to Allah is the best meditation after all.

Happy Fasting & Celebrating Ramadhan

APABILA HUJAN MEMBASAHI BUMI

|


Hari ini hujan turun sangat lebat di Serdang. Selepas selesai kelas besama che’ pah, aku lihat ramai manusia berteduh d tingkat bawah blok b. Ia lebih lebat dari biasa sehingga membuatkan aku, liya dan midah memutuskan untuk meredahnya setelah lebih 10 minit tidak berhenti. Kami tidak ambil kisah tentang orang lain kerana terlalu banyak tugas yang menunggu di bilik dan kami harus cepat.Alhamdullillah kami selamat sampai di ‘bus stop’, menaiki bas tidak lama selepas itu dan akhirnya sampai di kolej 15.

Sesampainya di bilik, hujan masih tak berhenti dan saya seperti biasa menunaikan hak harianku. Selang beberapa minit aku dan Liya hendak bersedia menunaikan solat Asar, terdengar bunyi air di sudut bilik kami. Kami tersentak dan Liya dalan keadaan beremosi berteriak “BOCOR!!”. Ye, atap kami bocor dibahagian tingkap kelihatan seolah-olah ada orang menuang air dari hos ke dalam bilik kami. Tidak lama dari itu, retakan atap merebak dan sampai ke bahagian kipas pula. Masakan kami boleh berlagak ‘cool’ sebab sebahagian lantai bilik kami dipenuhi air. Air berderu tak henti-henti dan kami mengambil keputusan menutup semua bekalan elektrik, menyelamatkan barang-barang yang penting dan terus menerjah ke bilik Midah. Nampaknya bukan bilik di ground floor sahaja boleh banjir tapi di top floor juga boleh banjir dimana ia berlaku di bilik saya.Ia sungguh mengerikan melihat atap itu seolah-olah tidak mampu menahan kekuatan hujan yang menyimbah, teringat filem War of the World scene air laut menenggelamkan Bandar New York. Dasyat dan saya tak dapat bayangkan jika tetiba seluruh atap itu bocor, pasti bilik kami rosak teruk.

Pada malamnya, kami ahli2 bilik bermuhasabah terhadap kejadian yang berlaku. Kami semua masih bersyukur kerana tiada apa-apa kecelakaan berlaku dan seketika terkenang perasaan orang yang kurang bertuah diluar sana. Jika hendak dibandingkan kesusahan kami dengan mereka yang tidur dengan keadaan atap yang sentiasa rosak dan bunyi bising zink akibat hujan pasti lebih sengsara. Mungkin Allah hendak mentarbiyah kami dengan dugaan yang sedikit ini. Aku melihat betapa perlunya rasa bersyukur, persefahaman antara roommates dan kebergantungah keselamatan hanya padaNYA. Sepatutnya hari ini aku ada usrah dengan mak usrahku, tapi nampaknya terpaksa dibatalkan dan dibuat esok. Sesungguhnya perancangan Allah itu lebih cantik. Oleh itu, esok ada cerita menarik untuk dikongsi.

Kesimpulannya, hujan itu satu rahmat,satu nikmat dan turunnya juga punyai pelbagai matlamat. Air yang dasarnya turun untuk menyuburkan tanah, mengairi tanaman, membasahkan yang kering boleh menjadi satu kuasa yang boleh membanjiri satu tempat, menenggelamkan sebuah bandar, merobohkan rumah, meruntuhkan bukit dan mengkucar-kacirkan manusia sejagat. Itulah hebatnya penciptaan hujan dari Allah yang Maha Berkuasa yang mampu membuatkan kita sebagai hamba berfikir tentang kekuasaanNya lantas mencari pengajaran bagi kejadian tersebut.




Di DALAM ILMU TERDAPAT BUKTI KEHEBATAN -NYA

|
Siapa setuju dengan saya yang tiada satu pun ilmu di dunia ini tidak boleh dikaitkan dengan kebesaran Allah? Percayalah, walaupun ilmu itu dipelajari hanya ' surface' sahaja, pasti ia mempunyai hubungan rapat dengan kekuasaan Pencipta Nya.

Sebagai contoh, saya sebagai pelajar TESL yang mempelajari penguasaan bahasa Inggeris ini boleh mengaitkan kehebatan Allah dalam ilmu bahasa itu sendiri. Mana tidaknya, pada pemerhatian kita sehari-harian, sering sahaja mendengar pelbagai manusia menuturkan bahasa yang berbeza-beza. Orang india menggunakan bahasa tamil, orang cina menggunakan bahasa cina, orang melayu menggunakan bahasa melayu (dalam bahasa melayu pula ada pelbagai dialek). Nak dikatakan disini, ilmu bahasa itu sangat luas dan ia pelbagai mengikut bangsa, negara, culture dan tempat. Nah!, ini antara bukti yang Allah itu Maha Kaya dan Maha Bijaksana, menjadikan pelbagai bahasa yang tidak terhitung banyaknya. Selain itu, jika belajar lebih mendalam, dalam anggota percakapan kita ini ada dipthong, monothong, vocal cords yang boleh membuatkan kita menyebut sesuatu huruf dengan berbeza (nak tahu lebih lanjut, baca buku lingistic). Yang hebatnya, walaupun orang cina dan melayu mempunyai organ-organ percakapan yang sama namun orang cina kurang fasih menyebut huruf 'Z'.


Sebenarnya motif aku menulis pada kali ini sebab aku benar-benar teruja berkongsi pengalaman menyiapkan esaimen subjek fotografi. Ketika proses menyiapkan tugasan ini, aku dan rakan-rakan yang lain telah bersusah payah mengambil shot yang paling cantik menggunakan ilmu yang dipelajari. Sepanjang proses pengambilan gambar itu, kami secara tidak langsung lebih menghayati kebesaran Allah menciptakan alam ini dengan sempurna dan cantiknya. Masakan tidak, bila kami nak pilih satu gambar tasik yang terbaik antara semua, tak berhenti-henti kami berkata "tu lagi cantik", bila gambar seterusnya pula "ni lagi cantik", kemudian, "eh, ni lagi cantik". Ahirnya kami membuat kesimpulan bahawa Penciptaan Allah sangat indah lagi sempurna, tidak terhenti keindahan itu.


"Apakah penciptan kamu yang lebih hebat ataupun langit yang telah di bangunkan Nya?" (An-Nazi'at : 27)

Ilmu fotografi ini jika dinilai sebetulnya, ia mampu membuatkan seorang insan itu melihat alam dan kehidupan dari sudut yang lebih dalam. It's so true that "picture means thousand of meanings".


ANTARA GAMBAR YANG DIAMBIL KAMI : husna,dani,mid









HAK MILIK ALLAH

|

Adakah segala yang kita ada adalah satu hak pemilikan yang abadi? Adakah kita mampu menjaga, memelihara dan mengawal segala barang-barang kita hingga tidak disentuh, dicuri dan dimusnahkan oleh sesiapa? Persoalannya siapakah pemilik sebenar harta benda kita di dunia ini? Semoga dengan cerita ini, setiap persoalan akan terjawab.

Semalam adalah hari yang agak menyedikan bagi diri aku. HANDPHONE AKU KENA CURI!!!!. Peristiwa ini berlaku di komuter Serdang ketika aku dan manusia lain berpusu-pusu memasuki komuter yang amat sesak . Atas desakan masa aku tak berfikir panjang untuk menyusun strategi mengelak dari pickpocket yang desperate abad ini. Nak dijadikan cerita bila aku berjaya menerobos masuk ke dalam komuter tu, aku mula memegang kocek seluar aku. Mula-mula aku ingat mungkin handphone aku tu tersembunyi jauh dalam kocek jadi aku berlagak seperti biasa. Akan tetapi bila berkali-kali aku rasa bahagian seluar untuk mencari kepastian, ternyata handphone tu dah hilang. Sebagai manusia yang lemah, aku tunduk menghadap lantai menggeleng kepala terhadap ujian yang tak pernah aku hadapi sebelum ini. Kepada mereka yang rapat dengan aku, pasti mereka tahu betapa ‘istimewanya’ handphone tu bagi diri ini. Ia punyai kisah disebalik yang sangat manis dan ditambah pula aku baru beli bulan Jun yang lepas. Kiranya tak sampai 3 bulan aku guna handphone tu. Tipulah kalau aku kata, aku tak ada perasaan sedih walaupun sekelumit. Aku mengambil masa agak lama untuk beritahu rakan-rakan yang aku menjadi mangsa ‘pickpocket’ kerana bagi aku, ketenangan itu perlu bagi proses komunikasi agar mesej itu lebih teratur tanpa kecelaruan emosi. Alhamdulillah mereka semua sangat positif dan memberi sokongan dan semangat yang tak terhingga. Terima kasih kepada cik cbw kerana banyak kasi amalan-amalan tambahan bagi mengelak peristiwa hitam berulang kembali.

Bila terfikir balik, aku rasa macam dah cukup selamat bawa handphone macam tu. Yelah, aku tak bawa beg tangan atau wallet, hanya handphone dan duit sikit dalam seluar memandangkan kes ragut banyak. Baju yang aku pakai juga agak labuh menutupi bahagian poket dan sepatutnya agak sukar untuk penyeluk saku tu nak mencuri. Akan tetapi bila Allah nak takdirkan peristiwa begitu, tiada siapa yang dapat halang. Mungkin salah aku juga sebab terlampau beriya nak masuk komuter hingga alpa dengan keadaan sekeliling. Untuk menenangkan hati aku, aku percaya semua harta benda kita adalah bersifat sementara even diri kita sendiri. Semua milik Allah kerana tiada yang kekal kecuali dia. Tanggungjawab kita adalah untuk menjaga ia sebaik mungkin dan kemudian bertawakallah kepada Allah. Jangan hanya bertawakal tapi tak berusaha apa-apa. Mungkin ada hikmah disebaliknya dan semoga kita menjadi hambanya yang sentiasa berfikir dan tunduk kepada kekuasaanNYA dan kehebatanNYA.