CUACA PANAS !!

|

Semalam keluar ke giant bersama Kumutha menaiki kancil pada pukul 12.30pm. Memandangkan kancil yang amat ku kasihi itu belum ber'tint' jadi kami menerima panahan bahang panas secara langsung dari matahari. Memang panas sehingga sudah cukup membuatkan kami berpeluh-peluh dan pening kepala.


DSPJ : Panaskan kumu. Ada junior tu kata dekat saya suhu sekarang dah 41 celcius
KUMU : Oo, Ni baru sikit , neraka lagi panas.
DSPJ : Ye ye, betul kumu. kita ni sangat lemah kan, panas macam ni pun dah tak larat, nanti dekat neraka lagi teruk.
KUMU : Ni baru 1 peratus je dari panas neraka.
DSPJ : Tu pun dah tak tahan, macammana lah kat neraka nanti, tu pun ramai je antara kita yang masih lagi banyak buat dosa dan tak bersyukur. Kita ingat kita ni bagus, smart sangat padahal nak dibandingkan dengan Tuhan kita ni makhluk kecil yang takda apa pa pun. huu

(*sambil dalam hati aku melihat kumu sayu)

Bila balik bilik, memang tidak tahan sebab kepada dah mula berdenyut -denyut dan selesema yang baru dihadapi menyebabkan agak sukar untuk bernafas. Aku terbaring sekejap sehingga tidak sedar sudah terlewat sembahyang zuhur dari biasa . Astaghfirullah.

Setelah selesai solat, apabila melihat tikar sejadah, tiba-tiba aku terfikir akan kekerdilan diri ni sebagai hambaNya. Sangat jauh beza iman berbanding golongan sahabat dahulu. Ketika aku mengadu akan panasnya terik matahari, aku tahu panas terik yang dihadapai Bilal Bin Robah, Khalid Bin Said lebih dasyat. Ketika panahan matahari di padang pasir menyelaputi anggota mereka, iman mereka masih teguh dan kalimah tauhid menjadi kekuatan mereka.
Aku pasti jika arahan solat telah diwajibkan ketika itu walau dalam kesakitan pun, Bilal Bin Robah akan menyahut awal panggilan solat. Khalid Bin Said juga akan turut serta memuliakan seruan Ilahi itu meskipun badan baru diinjak-injak batu. Subhanallah inilah generasi sahabat yang mulia. Apakah sedikit denyutan kepala berjaya membuatkan aku lemah dalam mendahului keutamaan dalam mengabdikan diri kepada Allah. Memang benar sabda Rasullallah;

Mukmin yang kuat lebih dicintai Allah dari mukmin yang lemah,
dan masing-masing memiliki kebaikan.
Bersemangatlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan mohonlah pertolongan kepada Allah dan jangan merasa malas, dan apabila engkau ditimpa sesuatu maka katakanlah "Qodarulloh wa maa syaa'a fa'al, Telah ditakdirkan oleh Allah dan apa yang Dia kehendaki pasti terjadi". [HR. Muslim]


Maka didalam bulan Ramadhan ini seharunya, aku menyeru diri ini dan kepada lain menjadi lebih kuat. Ye, bila kita kuat, maka kita akan mencari kekuatan untuk melakukan ketaatan kepada Allah dengan lebih baik!

PANDANGAN MANUSIA

|

Banyak permasalahan yang berlaku sekitarku minggu ini. Aku melihat manusia semakin tertipu dengan dunia, dengan definasi dan dengan agama Islam yang mulia ini. Manusia sering memberi kefahaman yang mereka rasakan benar tanpa disusuli hujah dan sumber dan penghayatan yang mendalam. Bukan aku rasakan aku lebih faham, cuma aku sebagai orang biasa merasa tertekan dengan penyataan yang amat memeritkan perasaan.


"Makcik makcik lebih sukakan orang yang pakai tudung labuh sebab ia menunjukkan kefahaman dan mujahadah yang tinggi"

Sangat judgemental. Apabila mendengar kata-kata ini, aku tidak lantas membantah tetapi aku berfikir. Sedih. Aku teringat model tarbiyah yang aku pelajar, faquhu, faqihi. Aku teringat tulisan asas-asas Islam dari Ust Abu Al A'la Maududi tentang siapakah yang dikatakan Muslim. Ia mungkin ada kebenaran, tetapi aku merasa sesak melihat definasi kefahaman dan mujahadah ini diertikan dengan pemakaian. Betul, kefahaman dalaman akan mempengaruhi luaran, tetapi jika seorang individu memakai pakaian Islam cukup syaratnya, tetapi tidak memakai tudung labuh adakah kita boleh melabel mereka kurang faham dan kurang mujahadah.

Kemudian, kata-kata ini.

"Pensyarah ni lebih sayang kitorang daripada korang. Dari dulu lagi, dia memang camtu."

Manusia memang kurang mampu menjadi adil. Sangat kecewa bila mengetahui wujud lagi sifat pendidik yang sebegini. Apa bezanya kami? Kerana kelas yang berbeza, kasihnya juga berbeza. Adakah lantai-lantai, meja-meja dan kerusi itu membuatkan kita sangat lain? Merepek, tapi itulah hakikatnya. Susahkan jadi adil. Mungkin sebab itu adil itu dekat dengan taqwa.


Aku sangat merindui qudwah Rasullallah s.a.w yang mulia. Aku rindu santun budi bicaranya, kasihnya yang melimpah, adilnya, lembutnya pada setiap insan. Ya Allah Maha Suci engkau menciptakan manusia sehebat ini. Aku rindu titipan nasihatnya yang barokah dan pemahamannya yang meluas. Selawat ke atas Baginda.

ALLAH ITU MAHA TAHU

|

Kita ni memang sangat lemah. Dikala kita ingin menjadi manusia lebih baik, terkadang ada hembusan-hembusan halus jahiliyah menuju masuk ke cuping telinga. Kita sering diuji dengan perasaan menipu daya. Tipu daya dunia yang tipikal tetapi sudah cukup untuk menguji manusia yang lemah dan serba kekurangan.

Apabila melihat di awan aku merenung perjalanan hidup di dalam jalan ini. Pelbagai badai datang cuba menjatuhkan tembok yang dibina untuk menjaga benteng keimanan. Mungkin suatu ketika Allah menguji kita dengan cinta. Ya, perasan yang romantis konon diawalnya. Terbayang, terhanyut kerana fikiran yang melayang. Tidak tentu arah, kalau tiada pimpinan boleh mengundang kehinaan. Bagaimana harus mengawal emosi fitrah ini? maka tiada jalan lain, selain kembali kepada Allah Yang Maha Tahu. Peliharalah Allah, Allah akan memelihara kamu.

Dan rahasiakanlah perkataanmu atau lahirkanlah; sesungguhnya Dia Maha Mengetahui segala isi hati. (Al-Mulk; 13)

Allah Maha Tahu. Kita sering berdolak dalih dengan alasan sendiri. sebagai contoh, satu hari terasa ingin berbual panjang dengan dia. Ketika ingin memulakan bicara,, kelihatan si dia sungguh sibuk. Esok harinya, ada diskusi dan lusa tidak dapat berjumpa. Oleh itu jika difikirkan kenapa hal ini berlaku? Percayalah, bahawa sesungguhnya Allah telah memelihara kita. Allah Maha Tahu segala yang diniatkan hambanya. Allah masih menyayangi dan tidak putus menyediakan yang terbaik untuk kita kembali bersih seperti mana yang sering didoakan. Sweetkan Allah. Apabila kita cuba melangkah keluar dari ajaranNya, dia menarik lembut kita agar kembali bertaut padanya supaya kita tidak kotor lagi.

Alhamdulillah, berikanlah kami kekuatan dalam melakukan ketaatan kepadamu. Sesungguhnya tiada kekuatan kami tanpa pertolongan mu Ya Allah.

SENSITIFKAH KITA?

|

Hari ini hari pertama di IPTI, bumi dimana aku disantuni tarbiyah Islamiyah olek kakak-kakak yang amat saya rindui. Setelah selesai mengemas barang, aku melayari internet, membaca blog seorang akhwat di bayt al iman. Tiba-tiba tok,tok, pintu diketuk.

Amoi : (loghat cina Hmm, sorry ya. Saya nak Tanya yang ni nak guna lagi ke? Saya

tak tau nak buat macammana.

DSPJ : Aku melihat benda yang dipegangnya. Oh, kepingan poster ayat Al-Quran rupanya.

Amoi : Nak guna lagi ke?

DSPJ : Yang ni tuan dia nak guna lagi tak?

Amoi : Benda ni dekat bilik lama, tuan dia dah takda.

DSPJ : Oo, ok. Kalau macamtu saya ambil nilah, yang wrapper ni taknak. Terima Kasih ye

Amoi : Ok.

Apa perasaan anda, jika berlaku situasi ini?. Saya rasa sangat terharu, kerana seorang wanita Ciina yang bukan beragama Islam masih lagi sensitive tentang isu keagamaan terutama sekali perkara yang melibat Kalamullah ini. Maka sejauh mana pula kita sebagai muslim ini sensitive dengan isu keagamaan agama lain dan juga dengan agama Islam sendiri. Adakah bila meyakini agama yang mulia ini, kita boleh memperlekehkan ajaran yang lain sewenang-wenangnya.

Bagi saya gadis itu boleh membuat pilihan untuk membuangnya, tetapi dia memilih untuk mencari orang yang sesuai untuk membuat keputusan. Dia memang seorang yang sensitif.

Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu Dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan. ( Al-An’am ; 108)

Ingatah, tatkala kita terbau colok-colok yang pelbagai bau pun, reaksi kita menonjolkan buah fikrah yang difahami. Untuk dihormati, kita harus menghormati. Sikap gadis Cina itu membuatkan saya lebih menghormati beliau sebagai individu yang berakhlak baik. Mudah-mudahan dia mendapat Hidayah Allah. Wallahualam.

"NASI LEMAK ! BIHUN GORENG !....."

|


"Nasi lemak, bihun goreng, roti hotdog, sardin roll".
itu lah laungan biasa di kolej serumpun UPM setiap kali malam tiba. Apabila dengar sahaja suara akak ni sabung-menyabung di floor, maka ramailah manusia yang kelaparan menerjah keluar bilik membeli santapan makan malam. Kadang-kadang saya juga turut serta.



Akak nasi lemak : Adik nak apa? (lorghat kedah).
DSPJ : Saya nak bihun goreng dan nasi
lemak kak? Berapa ye?
Akak Nasi lemak : Bihun goreng rm1.20, nasi
lemak rm 1.2o. rm2.40 semuanya.
DSPJ : Ok, nah.
Akak nasi lemak : Akak jual no. Terima kasih
DSPJ : Ok, saya beli. sama-sama


Satu pemandangan biasa di merata-rata tempat di Malaysia. Isu kali ini bukan saya nak mengaitkan kes obesiti akibat nasi lemak atau sebagainya; tapi perkara lain yang saya rasa amat penting untuk dihayati sebagai manusia. Kisah si penjual nasi lemak.

Mengikut pengalaman saya, memang ramai masyarakat Malaysia yang menjual nasi lemak, tetapi tak ramai yang menjualnye dari bilik ke bilik macam akak nasi lemak di kolej saya. Tanya lah kawan-kawan saya, ramai yang kagum dengan kegigihan beliau. Setiap hari selain sabtu, beliau akan memegang empat plastik beg yang besar berisi makanan ke setiap blok asrama perempuan kolej serumpun. Bukan dua atau 3 tingkat tetapi 5 tingkat harus dinaikinya untuk menjual kepada kami semua.

Saya perasan akak ini selalu memakai glove, hmm mungkin supaya tangan tidak melecet akibat membawa plastik beg yang berat; almaklumlah nasi bukannya keropok. Melihat susuk tubuh beliau, akak itu hanya tinggi 154cm dan bersaiz sederhana. Raut muka kelihatan dalam lingkungan 30an. Memang tabah. Kadang -kadang apabila nasi lemak sudah habis dan ada yang hendak membeli, beliau sanggup turun dari tingkat 5 ke bawah mengambil stok lain semata-mata hendak menunaikan hajat pelanggan. Hebat!!,Kalau saya, mungkin dah tak larat.

Melihat rutin akak ini hari-hari membuatkan hati kecil saya merasa sungguh kagum. Apakah motivasi beliau sehingga sanggup menjual makanan-makanan ini setiap hari tanpa jemu dari tingkat 1 hingga 5, ke beberapa blok; bukannya satu atau dua. Saya pernah bertanya.

DSPJ : Akak, best bihun goreng, akak masak ea?
Akak nasi lemak : Tak lah, mak akak yang masak, akak tukang jual je.

Adakah motivasi emak? Entah saya pun tak tahu. Akan tetapi saya menganggap tugas akak ini adalah satu perjuangan. Perjuangan mencari rezeki yang halal untuk terus hidup menjalankan tanggungjawab dimuka bumi Allah ini. Kita tahu diluar sana ramai yang hidup susah. Diantara mereka itu ada yang mencari jalan mudah dengan mencuri, bermain loteri dan mungkin dengan melacurkan diri. Tetapi ada dikalangan itu juga mencari jalan susah memaksa diri bangun pagi, menaiki tangga yang tinggi setiap hari hanya untuk memastikan diri mempunyai rezeki untuk sesuap nasi.
Tidak lupa juga, ada golongan yang dah kaya tetapi tidak bersyukur. Segelintir yang tamak menjerumuskan diri dalam penipuan, rasuah untuk lebih berada. Mengapa begini? Mencari rezeki yang halal memang bukan mudah jika tiada niat yang kuat kerana Allah. Kerana kita manusia, mudah terpedaya.

Saya bangga dengan golongan seperti akak nasi lemak ini. Mereka memang patut mendapat tempat yang tinggi disisi Allah. Orang yang kaya mungkin lebih mudah untuk berbuat baik, tetapi kalau orang yang serba kekurangan boleh berbuat baik setaraf dengan orang yang lebih berharta, memang patut pujian lebih besar diberikan. Semoha kita menjadi hamba-hamba Allah yang beriman. Wallahualam!


Abu Dardaa’ RA berkata, “Orang tidak suka kemiskinan dan saya suka, orang tidak suka mati dan saya suka, orang tidak suka penyakit dan saya suka. Saya suka penyakit kerana menjadi penebus dosa-dosaku, saya suka miskin sebab menjadikanku tawadhu’ kepada Allah SWT dan saya suka mati kerana rindu kepada Allah SWT.”
credit to : http://sedikitrenungan.blogspot.com/2008/04/orang-miskin-yang-beriman-dan-orang.html

MY LITTLE CALIPH CONTEST

|

My Little Caliph Contest
Pertandingan Yang Menarik
Mari Join Sebelum 24 April 10 pagi!!!

Alhamdulillah, dikala umur saya berumur 23 tahun, Allah telah menganugerahkan 3 orang anak-anak kecil menyinari hidup kami sekeluarga; Naufal Ilmi 3 tahun, Izzah Insyirah 2 tahun, dan Iffah Maisarah 9 bulan. Walaupun saya bukan ibu mereka, tetapi sebagai mak saudara masih terpikul tanggungjawab keatas anak-anak ini. Bak kata akak saya;

Kak cik : "Kalau meninggal ayah dan mak budak-budak ni, kita sebagai mak dan ayah saudara kena ambil alih tanggungjawab menjaga mereka"

Naufal Ilmi

Sewaktu kecil, semasa Naufal suka menangis, susah juga nak memujuknya. Pelbagai panggilan dipanggil agar dia berhenti tetapi semuanya gagal. Sampai satu tahap, TamNa memanggil naufal dengan nama chef Naufal dan ajaibnya terus Naufal berhenti menangis lalu tersenyum. Memang pelik, tapi kami terus memanggil naufal dengan panggilan itu, CHEF NAUFAL.. Apabila Naufal berumur 1 tahun, Maha Suci Allah, Naufal memang suka memasak. Asalkan balik kampung, dia akan pergi ke dapur untuk bermain dengan kuali dan sudip bukannya permainan yang lain.


Beruntung kak tih, kini dalam usia baru 3 tahun Naufal dah pandai kupas bawang, kacau lauk, dan tolong di dapur. Banyak juga jenis-jenis bahan masakan yang sudah diketahuinya. Mungkin benar panggilan chef masa kecil ada kaitan dengan hobi dia kini. Tetapi neneknya mahu Naufal jadi tahfiz.

Takpe Naufal, Islam itu kan tidak rigid, bagi Tam Na, boleh sahaja menjadi Chef Naufal Al-Hafiz. Sebagai seorang Muslim kita perlu berjaya di dunia dan diakhirat. Harapan Tam Na, walau apapun cita-cita Naufal bila besar nanti, harap Naufal dapat menjadi hamba dan Khalifah Allah yang soleh; sesuai dengan namanya, Naufal Ilmi (dermawan Berilmu). Selamat Maju Jaya Anak Naufal.


Izzah Insyirah & Iffah Maisarah


Masih belum nampak kecenderungan anak-anak ini kepada apa-apa. Biarlah kalian, menentukan cita-cita mendatang kerana mungkin kamu semua lebih mengetahui diri kamu berbanding TamNa, tetapi seperti Naufal iringan doa Tam Na juga kepada izzah dan iffah agar menjadi anak-anak yang solehah, hamba dan Khalifah Allah yang diredhaiNya.

Wahai Anak-Anak Muslim
Terpikulnya tanggungajwab kami keatas kalian,
Melahir, mendidik dan memastikan
Kamu terbina sebagai pejuang kebenaran

Wahai anak-anak Muslim
Lahirnya bukan beban,
Bukannya jua sebagai alasan
Apatah lagi sebagai paksaan
Tapi atas kerelaan mencari pelapis kemudian

Kami Ibu dan Bapa,
Menyayangi, mengasihi sepenuh hati
Seperti yang diajarkan junjungan Nabi
Agar hidup kita diberkati
Di dunia dan akhirat nanti

Wahai anak-anak Muslim
Harapan kami adalah harapan umat kini
Harapan yang sama semenjak zaman dulu lagi
Mendoakan cahaya Ilahi menyinari
Seluruh pelusuk bumi
Dengan kehadiran mujahid, mujahidah sejati
Merawat segala sakit hati
Agar ia bersih mewangi
Seperti yang diingini Allah ya Rabbi

Wahai anak-anak Muslim
Jadilah kalian pemuda dan pemudi
Apabila diseru bergegas berlari
Apabila dicantas tidak mudah berdiam diri
Tidak terpengaruh dengan duniawi
Mencari redha dan ampunan Ilahi
Sumber harapan setiap insani
Ikutilah jalan yang benar hakiki.

I AM A STUDENT

|

Can you learn alone?
No, i need friends and teachers

Why you need teachers?

Because they are knowledgeable and more experienced in learning.

What is your bad moment in this semester?
Learning online.

Why?

I don't believe with e-learning. I prefer face to face communication. Real input in authentic atmosphere. I'm hardly ask questions and give feedback

Do you like group work?

No, i prefer alone.

You think you can success by learning alone?

No, sometimes i need friends and teacher.


So, you think teacher has helped you so far?

No doubt, a lot.

some are interview questions from Miss Mariam.~


Thank you to all my teachers especially my late Kindergarten teacher who taught me how to read and write. Also my mother whom until now corrects and teaches me to read Al-Quran. And of course, Prophet Muhammad p.b.u.h ( the greatest teacher at all time) Oh, Allah pays them with grand rewards, rank them among good people and place them at Jannah. AMIN..surely, who am i without a teacher.

*walaupun selalu kena marah dan kritik, saya tak kisah!*