MAK DAN AYAH

|

Cuti minggu ini, sempat aku pulang ke kampung menjengah mak dan ayah. Tujuan utama adalah mengambil novel MACBETH tulisan William Shakepeare untuk kelas Teaching of Drama. Apabila sampai di Seremban, ayah jemput di ktm dan Alhamdulillah sampai rumah lebih kurang pukul 11.3o. Tiba dirumah,aku lihat 3 wanita istimewa sedang sibuk memasak untuk majlis di surau petang itu, sungguh sibuk dan lantas aku mengangkat sudip, turut serta. Kemudian, ketika sibuk berlegar2 di rumah, kelihatan oleh aku majalah milenia muslim edisi januari 2010 bertajuk utama "Penangan Si Tangkang Moden". Menarik! Aku simpan dalam beg untuk dibaca esok dalam komuter memandangkan banyak lagi kerja perlu diselesaikan dirumah.

DI DALAM KOMUTER
Seremban sungguh syahdu pagi itu mungkin kerana aku harus pulang ditambah pula dihantar oleh mak dan ayah. Komuter datang tepat pada waktunya dan aku segera masuk mencari tempat duduk sesuai lantas membaca majalah milenia.

HELAIAN PERTAMA
'jangan biarkan ibumu menangis".. Artikel itu sunnguh menggamit hati. Entah kenapa, aku tanpa sengaja mengalirkan air mata apabila terbaca hadith Rasullallah s.a.w ini.


Sahih Bukhari daripada Abdullah, katanya : "Aku bertanya kepada Nabi Muhaamad SAW, amalan manakah paling disukai Allah Azza Wajalla?Baginda menjawab, solat pada waktunya. Abdullah berkata, kemudian apa? Baginda menjawab, kemudian berbakti kepada kedua-dua orang tua. Dia berkata lagi, kemudian apa? Baginda menjawab, jihad pada jalan Allah."


Padahal, dah selalu aku dengar hadith ini, namun kali ini aku benar benar terasa. Mungkin disebabkan dilema yang menyelubungi diri selama ini dimana dengan percaturan Allah terjawab sudah akhirnya. Sungguh, semakin lama kita hidup dan melayari alam yang serba sandiwara ini semakin jelas diihadapan kita lompong2 yang kita tidak sedari. Ia realiti yang kadang kala kita tidak ambil peduli. Di dalam artikel ini ada menyebut bahawa hadis ini menunjukkan besarnya kedudukan ibu bapa dalam Islam dimana berbakti kepada ibu bapa adalah amalan yang patut didahulukan daripada perkara lain. Termasuklah berjihad selagi ibu bapa itu tidak mengajak kearah kemungkaran. Perintah untuk menyembah Allah SWT dan larangan mensyirikkanNYA diikuti dengan berbuat baik kepada ibu bapa menunjukkan betapa kuatnya hubungan antara persoalan taat pada Allah dan juga taat kepada ibu bapa.

Kala ini, manusia berlumba-lumba mencintai dan mengasihi orang lain lebih daripada ibu bapa kandung sendiri. Sibuk kita mencium tangan kekasih, guru-guru dan alim ulamak akan tetapi tangan mak dan ayah jarang sekali disentuh walhal mencium tangan ibu bapa sendiri sudah terkandung berkatnya. Memang benar mencium tangan guru2 dan alim ulamak ada kebaikannya namun manusia yang paling utama yang patut dihormati adalah 2 insan mulia yang mendidik, mengasuh, menjaga dan mengasihani kita semasa kecil hingga dewasa.

"Dan hendaklah kamu beribadah kepada Allah SWT dan janganlah kamu sekutukan DIA dengan sesuatu apapun. "Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa kamu, kaum kerabat, anak yatim, orang miskin, jiran tetangga yang dekat dan jauh, rakan sejawat, orang yang bermusafir dalam kesusahan dan hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah SWT tidak suka kepada orang yang sombong, takbur dan suka membangga diri."- Surah An-Nisa' ayat 36-

sedikit petikan dari majalah milenia muslim