APA BEZANYA?

|
Masih ada sinar untuk hari esok.

Adakah manusia tidak pernah berasa bosan dengan isu yang selalu mereka ceritakan? Terasa menarik bagi mereka hal yang dibicarakan walhal sejam yang lalu perkara yang sama diulang.
Ini Pengalaman Saya.

1) Pemandu teksi akan selalu merungut pasal kesesakan jalan raya. JPJ susahkan orang baiki jalan tengah hari waktu kerja. Bila hujan susah nak kerja, cuaca panas lagi bagus.

2) Nak dikatakan setiap cuti sekolah, bila cikgu-cikgu pulang bercuti, tiada isu lain. Murid buat hal, polisi kementerian buat pening kepala, masalah dengan pengetua, staff dan ibu bapa. Dalam seminggu mesti ada yang nak dicerita. Kadang-kadang benda yang sama.

3) Pelajar bila habis kelas cerita pasal pensyarah. Tak puas hati mulalah kasi penyataan macam-macam. Bila pensyarah baik dengan kita berbunga kita puji. Padahal dalam sesetengah perkara salah kita juga.

4) Ahli politik/aktivis politik asyik cerita pasal kesalahan orang lain. Individu parti sendiri, parti lain. Tak ramai yang dapat mengawal manisnya mulut bila bercerita. Sering ikut perasaan.

5) Masa tengah hangat sukan SEA, asyik cerita bola, kemudian kelayakan olimpik pula.TV, astro, surat khabar asyik tayang pasal bola. EPL, UEFA, pemindahan pemain, huh, usah cakap.

Hmm, tapi bukan semua golongan begitu yang terjebak dalam obsesi yang melampau . Saya tidak menyalahkan mereka kerana kita adalah mangsa tipuan serangan pemikiran barat yang menyebabkan kita rasa selesa dengan aktiviti semasa. Namun adakah kita mahu menjadi orang yang sama setiap hari, menghidangkan isu sama yang tidak membangunkan rohani dan intelek. Usah hidup dalam pusingan hidup yang sia-sia. Saya tidak kata salah bercerita pasal benda ini semua, tetapi pasti ada isu yang lebih besar perlu dikongsi dan dihayati.

Mari berubah!

Firman Allah, maksudnya " Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?" (Surah al-Mu'minun: 115)

DATANG dan PERGI

|

Alhamdulillah hari selasa yang lepas telah bertambahnya seorang muslimah di dunia ini dengan kelahiran bayi kecil bangndak yang pertama. Ahlan wasahlan Irdina Qaisara ke alam dunia yang pasti menghidangkan ujian-ujian kesukaran yang mengajar erti pengorbanan; dan sebaik-baik pengakhiran adalah untuk orang yang beriman. Doa TamNa agar keturunan ini mendapat Rahmat, pertolongan dan keredhaan Ilahi sehingga akhirat nanti. Jadilah anak solehah, penyumbang kebaikan pada ummah dan TamNa akan cuba menjadi ibu saudara yang sering ihsan kepada kalian.

Bertakwalah kamu kepada Allah dan perbaikilah keadaan perhubungan di antara kamu, serta taatlah kepada Allah dan RasulNya, jika betul kamu orang-orang yang beriman - (Surah al-Anfal, ayat 1).

Disebalik penantian yang berakhir dengan kegembiraan, ada sebilangan ibubapa yang menutup penantian dengan kesedihan. Selang sehari Irdina lahir, anak kedua abang Fizi tidak sempat melihat dunia kerana lahir tidak cukup bulan. Anak pertama abang Fizi, Amru juga tidak cukup bulan tetapi Allah memilih anak kedua ini sebagai bukti KebesaranNya menghidup dan mematikan setiap nyawa.

"Kami telah menciptakan kamu; maka mengapa kamu tidak membenarkan? Adakah kamu perhatikan (benih manusia) yang kamu pancarkan? Kamukah yang menciptakannya? Ataukah Kami yang menciptakannya?" (Al- Waqiah:57-59)

Semoga Allah memelihara bayi kecil itu dalam jagaanNya untuk kemudahan bagi ibubapanya pada alam akhirat nanti. Takziah kepada abang Fizi dan keluarga. Harapan agar Redha dan sabar kalian mengiringi manisnya percaturan Tuhan untuk sebuah kehidupan.

CUACA PANAS !!

|

Semalam keluar ke giant bersama Kumutha menaiki kancil pada pukul 12.30pm. Memandangkan kancil yang amat ku kasihi itu belum ber'tint' jadi kami menerima panahan bahang panas secara langsung dari matahari. Memang panas sehingga sudah cukup membuatkan kami berpeluh-peluh dan pening kepala.


DSPJ : Panaskan kumu. Ada junior tu kata dekat saya suhu sekarang dah 41 celcius
KUMU : Oo, Ni baru sikit , neraka lagi panas.
DSPJ : Ye ye, betul kumu. kita ni sangat lemah kan, panas macam ni pun dah tak larat, nanti dekat neraka lagi teruk.
KUMU : Ni baru 1 peratus je dari panas neraka.
DSPJ : Tu pun dah tak tahan, macammana lah kat neraka nanti, tu pun ramai je antara kita yang masih lagi banyak buat dosa dan tak bersyukur. Kita ingat kita ni bagus, smart sangat padahal nak dibandingkan dengan Tuhan kita ni makhluk kecil yang takda apa pa pun. huu

(*sambil dalam hati aku melihat kumu sayu)

Bila balik bilik, memang tidak tahan sebab kepada dah mula berdenyut -denyut dan selesema yang baru dihadapi menyebabkan agak sukar untuk bernafas. Aku terbaring sekejap sehingga tidak sedar sudah terlewat sembahyang zuhur dari biasa . Astaghfirullah.

Setelah selesai solat, apabila melihat tikar sejadah, tiba-tiba aku terfikir akan kekerdilan diri ni sebagai hambaNya. Sangat jauh beza iman berbanding golongan sahabat dahulu. Ketika aku mengadu akan panasnya terik matahari, aku tahu panas terik yang dihadapai Bilal Bin Robah, Khalid Bin Said lebih dasyat. Ketika panahan matahari di padang pasir menyelaputi anggota mereka, iman mereka masih teguh dan kalimah tauhid menjadi kekuatan mereka.
Aku pasti jika arahan solat telah diwajibkan ketika itu walau dalam kesakitan pun, Bilal Bin Robah akan menyahut awal panggilan solat. Khalid Bin Said juga akan turut serta memuliakan seruan Ilahi itu meskipun badan baru diinjak-injak batu. Subhanallah inilah generasi sahabat yang mulia. Apakah sedikit denyutan kepala berjaya membuatkan aku lemah dalam mendahului keutamaan dalam mengabdikan diri kepada Allah. Memang benar sabda Rasullallah;

Mukmin yang kuat lebih dicintai Allah dari mukmin yang lemah,
dan masing-masing memiliki kebaikan.
Bersemangatlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan mohonlah pertolongan kepada Allah dan jangan merasa malas, dan apabila engkau ditimpa sesuatu maka katakanlah "Qodarulloh wa maa syaa'a fa'al, Telah ditakdirkan oleh Allah dan apa yang Dia kehendaki pasti terjadi". [HR. Muslim]


Maka didalam bulan Ramadhan ini seharunya, aku menyeru diri ini dan kepada lain menjadi lebih kuat. Ye, bila kita kuat, maka kita akan mencari kekuatan untuk melakukan ketaatan kepada Allah dengan lebih baik!

PANDANGAN MANUSIA

|

Banyak permasalahan yang berlaku sekitarku minggu ini. Aku melihat manusia semakin tertipu dengan dunia, dengan definasi dan dengan agama Islam yang mulia ini. Manusia sering memberi kefahaman yang mereka rasakan benar tanpa disusuli hujah dan sumber dan penghayatan yang mendalam. Bukan aku rasakan aku lebih faham, cuma aku sebagai orang biasa merasa tertekan dengan penyataan yang amat memeritkan perasaan.


"Makcik makcik lebih sukakan orang yang pakai tudung labuh sebab ia menunjukkan kefahaman dan mujahadah yang tinggi"

Sangat judgemental. Apabila mendengar kata-kata ini, aku tidak lantas membantah tetapi aku berfikir. Sedih. Aku teringat model tarbiyah yang aku pelajar, faquhu, faqihi. Aku teringat tulisan asas-asas Islam dari Ust Abu Al A'la Maududi tentang siapakah yang dikatakan Muslim. Ia mungkin ada kebenaran, tetapi aku merasa sesak melihat definasi kefahaman dan mujahadah ini diertikan dengan pemakaian. Betul, kefahaman dalaman akan mempengaruhi luaran, tetapi jika seorang individu memakai pakaian Islam cukup syaratnya, tetapi tidak memakai tudung labuh adakah kita boleh melabel mereka kurang faham dan kurang mujahadah.

Kemudian, kata-kata ini.

"Pensyarah ni lebih sayang kitorang daripada korang. Dari dulu lagi, dia memang camtu."

Manusia memang kurang mampu menjadi adil. Sangat kecewa bila mengetahui wujud lagi sifat pendidik yang sebegini. Apa bezanya kami? Kerana kelas yang berbeza, kasihnya juga berbeza. Adakah lantai-lantai, meja-meja dan kerusi itu membuatkan kita sangat lain? Merepek, tapi itulah hakikatnya. Susahkan jadi adil. Mungkin sebab itu adil itu dekat dengan taqwa.


Aku sangat merindui qudwah Rasullallah s.a.w yang mulia. Aku rindu santun budi bicaranya, kasihnya yang melimpah, adilnya, lembutnya pada setiap insan. Ya Allah Maha Suci engkau menciptakan manusia sehebat ini. Aku rindu titipan nasihatnya yang barokah dan pemahamannya yang meluas. Selawat ke atas Baginda.

ALLAH ITU MAHA TAHU

|

Kita ni memang sangat lemah. Dikala kita ingin menjadi manusia lebih baik, terkadang ada hembusan-hembusan halus jahiliyah menuju masuk ke cuping telinga. Kita sering diuji dengan perasaan menipu daya. Tipu daya dunia yang tipikal tetapi sudah cukup untuk menguji manusia yang lemah dan serba kekurangan.

Apabila melihat di awan aku merenung perjalanan hidup di dalam jalan ini. Pelbagai badai datang cuba menjatuhkan tembok yang dibina untuk menjaga benteng keimanan. Mungkin suatu ketika Allah menguji kita dengan cinta. Ya, perasan yang romantis konon diawalnya. Terbayang, terhanyut kerana fikiran yang melayang. Tidak tentu arah, kalau tiada pimpinan boleh mengundang kehinaan. Bagaimana harus mengawal emosi fitrah ini? maka tiada jalan lain, selain kembali kepada Allah Yang Maha Tahu. Peliharalah Allah, Allah akan memelihara kamu.

Dan rahasiakanlah perkataanmu atau lahirkanlah; sesungguhnya Dia Maha Mengetahui segala isi hati. (Al-Mulk; 13)

Allah Maha Tahu. Kita sering berdolak dalih dengan alasan sendiri. sebagai contoh, satu hari terasa ingin berbual panjang dengan dia. Ketika ingin memulakan bicara,, kelihatan si dia sungguh sibuk. Esok harinya, ada diskusi dan lusa tidak dapat berjumpa. Oleh itu jika difikirkan kenapa hal ini berlaku? Percayalah, bahawa sesungguhnya Allah telah memelihara kita. Allah Maha Tahu segala yang diniatkan hambanya. Allah masih menyayangi dan tidak putus menyediakan yang terbaik untuk kita kembali bersih seperti mana yang sering didoakan. Sweetkan Allah. Apabila kita cuba melangkah keluar dari ajaranNya, dia menarik lembut kita agar kembali bertaut padanya supaya kita tidak kotor lagi.

Alhamdulillah, berikanlah kami kekuatan dalam melakukan ketaatan kepadamu. Sesungguhnya tiada kekuatan kami tanpa pertolongan mu Ya Allah.

SENSITIFKAH KITA?

|

Hari ini hari pertama di IPTI, bumi dimana aku disantuni tarbiyah Islamiyah olek kakak-kakak yang amat saya rindui. Setelah selesai mengemas barang, aku melayari internet, membaca blog seorang akhwat di bayt al iman. Tiba-tiba tok,tok, pintu diketuk.

Amoi : (loghat cina Hmm, sorry ya. Saya nak Tanya yang ni nak guna lagi ke? Saya

tak tau nak buat macammana.

DSPJ : Aku melihat benda yang dipegangnya. Oh, kepingan poster ayat Al-Quran rupanya.

Amoi : Nak guna lagi ke?

DSPJ : Yang ni tuan dia nak guna lagi tak?

Amoi : Benda ni dekat bilik lama, tuan dia dah takda.

DSPJ : Oo, ok. Kalau macamtu saya ambil nilah, yang wrapper ni taknak. Terima Kasih ye

Amoi : Ok.

Apa perasaan anda, jika berlaku situasi ini?. Saya rasa sangat terharu, kerana seorang wanita Ciina yang bukan beragama Islam masih lagi sensitive tentang isu keagamaan terutama sekali perkara yang melibat Kalamullah ini. Maka sejauh mana pula kita sebagai muslim ini sensitive dengan isu keagamaan agama lain dan juga dengan agama Islam sendiri. Adakah bila meyakini agama yang mulia ini, kita boleh memperlekehkan ajaran yang lain sewenang-wenangnya.

Bagi saya gadis itu boleh membuat pilihan untuk membuangnya, tetapi dia memilih untuk mencari orang yang sesuai untuk membuat keputusan. Dia memang seorang yang sensitif.

Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu Dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan. ( Al-An’am ; 108)

Ingatah, tatkala kita terbau colok-colok yang pelbagai bau pun, reaksi kita menonjolkan buah fikrah yang difahami. Untuk dihormati, kita harus menghormati. Sikap gadis Cina itu membuatkan saya lebih menghormati beliau sebagai individu yang berakhlak baik. Mudah-mudahan dia mendapat Hidayah Allah. Wallahualam.

"NASI LEMAK ! BIHUN GORENG !....."

|


"Nasi lemak, bihun goreng, roti hotdog, sardin roll".
itu lah laungan biasa di kolej serumpun UPM setiap kali malam tiba. Apabila dengar sahaja suara akak ni sabung-menyabung di floor, maka ramailah manusia yang kelaparan menerjah keluar bilik membeli santapan makan malam. Kadang-kadang saya juga turut serta.



Akak nasi lemak : Adik nak apa? (lorghat kedah).
DSPJ : Saya nak bihun goreng dan nasi
lemak kak? Berapa ye?
Akak Nasi lemak : Bihun goreng rm1.20, nasi
lemak rm 1.2o. rm2.40 semuanya.
DSPJ : Ok, nah.
Akak nasi lemak : Akak jual no. Terima kasih
DSPJ : Ok, saya beli. sama-sama


Satu pemandangan biasa di merata-rata tempat di Malaysia. Isu kali ini bukan saya nak mengaitkan kes obesiti akibat nasi lemak atau sebagainya; tapi perkara lain yang saya rasa amat penting untuk dihayati sebagai manusia. Kisah si penjual nasi lemak.

Mengikut pengalaman saya, memang ramai masyarakat Malaysia yang menjual nasi lemak, tetapi tak ramai yang menjualnye dari bilik ke bilik macam akak nasi lemak di kolej saya. Tanya lah kawan-kawan saya, ramai yang kagum dengan kegigihan beliau. Setiap hari selain sabtu, beliau akan memegang empat plastik beg yang besar berisi makanan ke setiap blok asrama perempuan kolej serumpun. Bukan dua atau 3 tingkat tetapi 5 tingkat harus dinaikinya untuk menjual kepada kami semua.

Saya perasan akak ini selalu memakai glove, hmm mungkin supaya tangan tidak melecet akibat membawa plastik beg yang berat; almaklumlah nasi bukannya keropok. Melihat susuk tubuh beliau, akak itu hanya tinggi 154cm dan bersaiz sederhana. Raut muka kelihatan dalam lingkungan 30an. Memang tabah. Kadang -kadang apabila nasi lemak sudah habis dan ada yang hendak membeli, beliau sanggup turun dari tingkat 5 ke bawah mengambil stok lain semata-mata hendak menunaikan hajat pelanggan. Hebat!!,Kalau saya, mungkin dah tak larat.

Melihat rutin akak ini hari-hari membuatkan hati kecil saya merasa sungguh kagum. Apakah motivasi beliau sehingga sanggup menjual makanan-makanan ini setiap hari tanpa jemu dari tingkat 1 hingga 5, ke beberapa blok; bukannya satu atau dua. Saya pernah bertanya.

DSPJ : Akak, best bihun goreng, akak masak ea?
Akak nasi lemak : Tak lah, mak akak yang masak, akak tukang jual je.

Adakah motivasi emak? Entah saya pun tak tahu. Akan tetapi saya menganggap tugas akak ini adalah satu perjuangan. Perjuangan mencari rezeki yang halal untuk terus hidup menjalankan tanggungjawab dimuka bumi Allah ini. Kita tahu diluar sana ramai yang hidup susah. Diantara mereka itu ada yang mencari jalan mudah dengan mencuri, bermain loteri dan mungkin dengan melacurkan diri. Tetapi ada dikalangan itu juga mencari jalan susah memaksa diri bangun pagi, menaiki tangga yang tinggi setiap hari hanya untuk memastikan diri mempunyai rezeki untuk sesuap nasi.
Tidak lupa juga, ada golongan yang dah kaya tetapi tidak bersyukur. Segelintir yang tamak menjerumuskan diri dalam penipuan, rasuah untuk lebih berada. Mengapa begini? Mencari rezeki yang halal memang bukan mudah jika tiada niat yang kuat kerana Allah. Kerana kita manusia, mudah terpedaya.

Saya bangga dengan golongan seperti akak nasi lemak ini. Mereka memang patut mendapat tempat yang tinggi disisi Allah. Orang yang kaya mungkin lebih mudah untuk berbuat baik, tetapi kalau orang yang serba kekurangan boleh berbuat baik setaraf dengan orang yang lebih berharta, memang patut pujian lebih besar diberikan. Semoha kita menjadi hamba-hamba Allah yang beriman. Wallahualam!


Abu Dardaa’ RA berkata, “Orang tidak suka kemiskinan dan saya suka, orang tidak suka mati dan saya suka, orang tidak suka penyakit dan saya suka. Saya suka penyakit kerana menjadi penebus dosa-dosaku, saya suka miskin sebab menjadikanku tawadhu’ kepada Allah SWT dan saya suka mati kerana rindu kepada Allah SWT.”
credit to : http://sedikitrenungan.blogspot.com/2008/04/orang-miskin-yang-beriman-dan-orang.html

MY LITTLE CALIPH CONTEST

|

My Little Caliph Contest
Pertandingan Yang Menarik
Mari Join Sebelum 24 April 10 pagi!!!

Alhamdulillah, dikala umur saya berumur 23 tahun, Allah telah menganugerahkan 3 orang anak-anak kecil menyinari hidup kami sekeluarga; Naufal Ilmi 3 tahun, Izzah Insyirah 2 tahun, dan Iffah Maisarah 9 bulan. Walaupun saya bukan ibu mereka, tetapi sebagai mak saudara masih terpikul tanggungjawab keatas anak-anak ini. Bak kata akak saya;

Kak cik : "Kalau meninggal ayah dan mak budak-budak ni, kita sebagai mak dan ayah saudara kena ambil alih tanggungjawab menjaga mereka"

Naufal Ilmi

Sewaktu kecil, semasa Naufal suka menangis, susah juga nak memujuknya. Pelbagai panggilan dipanggil agar dia berhenti tetapi semuanya gagal. Sampai satu tahap, TamNa memanggil naufal dengan nama chef Naufal dan ajaibnya terus Naufal berhenti menangis lalu tersenyum. Memang pelik, tapi kami terus memanggil naufal dengan panggilan itu, CHEF NAUFAL.. Apabila Naufal berumur 1 tahun, Maha Suci Allah, Naufal memang suka memasak. Asalkan balik kampung, dia akan pergi ke dapur untuk bermain dengan kuali dan sudip bukannya permainan yang lain.


Beruntung kak tih, kini dalam usia baru 3 tahun Naufal dah pandai kupas bawang, kacau lauk, dan tolong di dapur. Banyak juga jenis-jenis bahan masakan yang sudah diketahuinya. Mungkin benar panggilan chef masa kecil ada kaitan dengan hobi dia kini. Tetapi neneknya mahu Naufal jadi tahfiz.

Takpe Naufal, Islam itu kan tidak rigid, bagi Tam Na, boleh sahaja menjadi Chef Naufal Al-Hafiz. Sebagai seorang Muslim kita perlu berjaya di dunia dan diakhirat. Harapan Tam Na, walau apapun cita-cita Naufal bila besar nanti, harap Naufal dapat menjadi hamba dan Khalifah Allah yang soleh; sesuai dengan namanya, Naufal Ilmi (dermawan Berilmu). Selamat Maju Jaya Anak Naufal.


Izzah Insyirah & Iffah Maisarah


Masih belum nampak kecenderungan anak-anak ini kepada apa-apa. Biarlah kalian, menentukan cita-cita mendatang kerana mungkin kamu semua lebih mengetahui diri kamu berbanding TamNa, tetapi seperti Naufal iringan doa Tam Na juga kepada izzah dan iffah agar menjadi anak-anak yang solehah, hamba dan Khalifah Allah yang diredhaiNya.

Wahai Anak-Anak Muslim
Terpikulnya tanggungajwab kami keatas kalian,
Melahir, mendidik dan memastikan
Kamu terbina sebagai pejuang kebenaran

Wahai anak-anak Muslim
Lahirnya bukan beban,
Bukannya jua sebagai alasan
Apatah lagi sebagai paksaan
Tapi atas kerelaan mencari pelapis kemudian

Kami Ibu dan Bapa,
Menyayangi, mengasihi sepenuh hati
Seperti yang diajarkan junjungan Nabi
Agar hidup kita diberkati
Di dunia dan akhirat nanti

Wahai anak-anak Muslim
Harapan kami adalah harapan umat kini
Harapan yang sama semenjak zaman dulu lagi
Mendoakan cahaya Ilahi menyinari
Seluruh pelusuk bumi
Dengan kehadiran mujahid, mujahidah sejati
Merawat segala sakit hati
Agar ia bersih mewangi
Seperti yang diingini Allah ya Rabbi

Wahai anak-anak Muslim
Jadilah kalian pemuda dan pemudi
Apabila diseru bergegas berlari
Apabila dicantas tidak mudah berdiam diri
Tidak terpengaruh dengan duniawi
Mencari redha dan ampunan Ilahi
Sumber harapan setiap insani
Ikutilah jalan yang benar hakiki.

I AM A STUDENT

|

Can you learn alone?
No, i need friends and teachers

Why you need teachers?

Because they are knowledgeable and more experienced in learning.

What is your bad moment in this semester?
Learning online.

Why?

I don't believe with e-learning. I prefer face to face communication. Real input in authentic atmosphere. I'm hardly ask questions and give feedback

Do you like group work?

No, i prefer alone.

You think you can success by learning alone?

No, sometimes i need friends and teacher.


So, you think teacher has helped you so far?

No doubt, a lot.

some are interview questions from Miss Mariam.~


Thank you to all my teachers especially my late Kindergarten teacher who taught me how to read and write. Also my mother whom until now corrects and teaches me to read Al-Quran. And of course, Prophet Muhammad p.b.u.h ( the greatest teacher at all time) Oh, Allah pays them with grand rewards, rank them among good people and place them at Jannah. AMIN..surely, who am i without a teacher.

*walaupun selalu kena marah dan kritik, saya tak kisah!*

HARI UKHWAH SAYA

|


Hari ini hari ukhwah saya..bermula dengan program ukhwah pagi tadi sehingga lewat malam pukul 11.10pm. disebabkan saya sangat tersentuh dengan pengisian kak siti petang tadi, jadi saya telah mengambil keputusan berani menelefon dua orang insan yang amat penting dalam perjalanan tarbiyyah dan ukhwah saya.

Insan dipilih Allah tu semestinya saudari pearl white dan saudari epal. Sejujurnya walaupun saya amat menghargai mereka, tapi merekalah orang yang paling saya jarang telefon. Mungkin mereka di dalam kelas yang tertentu menyebabkan handphone itu takut untuk mendial. Gediks!

Apa sebabnya saya boleh teringatkan mereka? Kenapa saya boleh siqoh dengan saudari pearl white dan epal?
Saya pun nak orang lain rasa macam mane saya rasa. Rasa best!

Saudari pearl white;
1. Beliau yang saya kenal sangat tidak suka mengharap balas. Memberi hanya keranaNya!
2. Menggembirakan. Suka belanja makan, suka ingin tahu dan ambil peduli.
3. Suka memberikan adik-adiknya peluang dan membuat orang lain rasa dikasihi.
4. Mudah dan mempermudahkan..Sungguh,aku juga kasih akan hamba Allah ini! Allah kasihanilah dia.

Saudari Epal
1. Ibadahnya sangat hebat. Akhlaknya sangat memikat. Paling memahami dan paling berhikmah.
2. Istiqomah dalam amalan menyebabkan orang lain mahu sentiasa berdampingan.
3. Teman dikala susah, gembira dan sungguh menenangkan.
4. Penyayang dan inspirasi kekuatan. saya sayang saudari epal!!!

Untuk membuatkan orang lain menyukai saya sepertimana saya rasa pada orang ini, harus berusaha menjadi seperti mereka..Tiada alasan. Ukhwah itu bukan untuk sehari tapi setiap hari.





Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).(Surah Al-Hujurat)

CONVENTION HARUN YAHYA

|





Pada 29 Januari yang lepas, aku, siti, midah dan kakngah pergi je Convention Harun Yahya di PWTC. Perjalanan yang agak jauh dari seremban ke PWTC, mengambil masa 1 jam setengah untuk sampai kalau menaiki ktm. Midah mengalami kesesakan yang teruk dari serdang kerana terpaksa berhempas pulas menembusi tembok manusia yang melaut di stesyen.

Sebenarnya, aku agak teruja untuk menghadiri program ini kerana Harun Yahya adalah penulis Islam yang amat aku kagumi. Beliau telah menulis banyak buku berkaitan sains dan Islam, peradaban manusia, revolusi dan perbentangan pada hari itu berkenaan Sign of Creator dan teori DARWINISME. Beliau turut datang dan aku berkesempatan berjalan seiring dengannya. =)

Ada empat speakers yang membentangkan isu ini dan diantaranya adalah brother Shah dan dua anak didik Harun Yahya dari Turki. Pelbagai aspek dan salah faham diterangkan. Mungkin ramai yang hanya mengetahui tentang teori Darwin iaitu manusia berasal dari binatang, tetapi sebenarnya teori ini lebih dari itu. Ia telah menjadi satu kegunaan pihak komunisme, atheis dan diktator untuk memperalatkan manusia bagi menguasai dunia. Teori ini adalah satu propaganda besar Darwinisme yang tersembunyi yang perlu diketahui . Kalau ingin diceritakan secara terperinci mungkin tidak cukup satu post, oleh itu diharap video ini akan memberi penjelasn secara rawak terhadap teori ini. Untuk kepastian
boleh membeli buku Harun Al Yahya.
















Film dokumenter ini menampilkan satu sisi dari teori evolusi yang hingga kini masih tersembunyi. Film ini menyingkap kaitan ideologis antara Darwinisme dan ideologi penindas seperti fasisme dan komunisme. Anda akan menyaksikan dampak penerapan paham Darwinisme di ladang-ladang pembantaian Hitler, Stalin atau Mao. Diterbitkan oleh Harun Yahya.tv



video

MAULIDUR RASUL GIVEAWAY

|

Mari ramai-ramai menyertai contest hebat sempena maulidur rasul. Terdapat hadiah khas untuk anak-anak yang boleh dimenangi. Jangan lepaskan peluang.


Layari: attuffahumairah.blogspot.com

SELAMAT LANJUT USIA

|
20 Januari 2011
200111


Masuk hari ini, mengikut kalendar masihi, umurku dah mencecah angka 23 tahun! Penuh facebookku dengan post dari kawan2 college, sepupu, kawan2 IPTI dan UPM. Hmm, puas juga nak reply post semua, tapi aku gembira sebab sekurang-kurangnya mereka masih ingat tarikh lahir aku.

Memandangkan dulu, aku sekolah semua perempuan,so ikatan antara kami agak kuat sehingga harini. Mungkin sebab itu hampir, 3/4 dari post dalam wall facebookku adalah dari mereka. Di Kolej dulu, kalau 20 januari je, ada empat orang yang sama tarikh lahir. Aku, Kadat, Nurul dan Naqe'. Takda lagi dalam sejarah empat orang sekaligus lahir sama dalam satu batch sepanjang aku belajar. Jadi, we declare' this is among our uniqueness' in survivor 0105.

Tadi ketika sibuk membaca post2 yang banyak itu, tertarik dengan post oleh Mama, assistant batch leader ku.

"
happy bitrhday Khadhratun NadiahNOr NaQuiahNurul HusnaNurul Farhana ...teringat
nyanyi lagu birthday tuk korg kat college..bersambut² :p
"

Wah, sesungguhnya aku pun teringat zaman dulu, bila birthday kami tiba satu batch akan tunggu kami kat tingkat atas bangunan dan tunggu empat-empat birthday girls ni sampai. Bila kami menjelmakan diri, bergemuruhlah blok akademik dengan sahutan suara menyanyikan lagu happy Birthday(versi keturunan CS) dengan sepuas hatinya. Perkara ini memang dah jadi adat sekolah, so cikgu2 pun macam dah tak kisah. Kalalu hiruk pikuk je kelas haritu confirm ada birthday student.. Terima Kasih cikgu2 yang sporting!



Cuba teka siapa yang planned dan lead nyanyian untuk kami.. Yeah, dia adalah Fansu'. My batch leader. Saya memang 'respect' Fansu' sebagai ketua kami kerana dia memang sangat thoughful, sporting, smart, humble dan boleh bekerja dengan sesiapa sahaja.

Hmm, bila teringat sejarah dahulu, memang banyak yang boleh kita belajar. Antaranya dari segi kepimpinan. Seringkali jika aku befikir, ciri ketua yang mana ingin aku cari, pasti terlintas di kepala ini ciri2 individu seperti fansu'. Akan tetapi, bila mana kita semakin mengetahui tentang Islam, pasti individu yang paling layak diagungkan adalah Rasullallah s.a.w itu sendiri. Hakikatnya, tidak kira tokah hebat mana pun zaman dahulu, pasti terdapat segala ciri-ciri kebaikannya dalam diri Nabi Muhamad s.aw. Beliau adalah manusia yang paling layak dicontohi..

Kini, usiaku sudah pun 23 tahun tetapi kelihatan seperti kurangnya daya pemimpin yang terhasil . Oleh itu aku merasa kebutuhan untuk meningkatkan diri menjadi lebih kuat dalam memimpin diri sendiri.

"Today i would like to thanks to all for the wishes..your remembrance keep me going n valued this life even more. Realizing that my age is getting older reminds me of death that sure will come very near!! Happy Birthday to all who celebrates it today..Thank you Allah"

JOM!!!

|

NILAI DIRI

|

Seringkali kalau aku berbicara tentang masa kecil dan remaja, pasti tidak banyak cerita manis boleh dicerita. Rata –rata hanya kenangan pahit dan menyecewakankan. Jadi aku rumuskan, usia mudaku tidak istimewa.

Semalam, aku pergi ke Giant Seremban untuk membeli barang. Ketika sibuk mencari barang, terdengar suara memanggil. “husna,husna”. Wah (gembiranya mendengar orang menyebut namaku dengan panggilan penuh). Rupa-rupanya Wawa, kawan tadika yang hampir tidak ku kenal wajahnya.

Wawa : Hai cikgu kan?

Aku : Eh, lambat lagi. Lagi 2 tahun. Eh doktor cuti ker?

Wawa : Haah cuti, esok nak balik India ni.

Kemudian datang, mak wawa menghampiri sambil raut wajah tercengang-cengang.

Wawa : Mak, husna ni.

M.Wawa : o, yang mana satu ea?

Wawa : Ala, anak mak cik…..apa nama tu husna

Aku : Mak cik ingat tak, dulu mak cik yang sambut saya masa lahir.

M. Wawa : Ha! Husna. Dah besar. Ish lahir bulan satu kan.eh bile lahir aritu.

Aku : ye, Januari.

M. Wawa : (sambil tersenyum). Haah lepas sambut husna, mak cik mengandung wawa.

(wawa lahir bulan 10)

Walaupun, makcik zizah tak perasan aku tadi, hakikatya beliau adalah antara manusia yang amat gembira bila bersua dengan ku. Ingat lagi masa terjumpa di surau Kg. Sega Hilir 3 tahun lepas, ayat yang sama masih disebut dengan ‘excited’. “Husna, berkat sambut husna haritu mak cik dapat wawa”. Mungkin kerana kegembiraannya aku dan wawa still update pasal hal masing-masing walaupun hanya pernah belajar masa tadika sahaja bersama-sama.

Hakikatnya inilah kehidupan. Selalu kita merasa bahawa kewujudan kita ni tidaklah memberi kesan yang besar pada orang lain sebab ramai yang lebih baik tidak kira dalam apa jua bidang. Pada satu saat kita rasa ‘we are nobody’. Akan tetapi bila aku terjumpa dengan makcik zizah dan wawa semalam, baru aku perasan yang sebenarnya, kewujudanku ketika baru lahir itu sendiri telah memberikan kegembiraan dan kesan yang sangat bermakna untuk seseorang dimana kegembiraan itu tidak pernah hilang semenjak dia menyambutku ketika lahir sehingga aku berusia 22 tahun sekarang. Atas dasar lain, bila di lihatnya aku, bertambah lagi kasih dan syukurnya kepada Allah atas anugerah memperoleh wawa sebagai anak perempuan tunggal dan bongsu dalam keluarga.

Ya. Manusia itu tidak kira siapa memang telah wujud potensi diri yang hebat. Bukan hanya boleh menggembirakan individu, malah kita bisa mengubah dunia dan manusia. Lihatlah sejarah, pandanglah Bilal bin Robah. Siapa sangka hamba yang lemah boleh menjadi insan yang dikenali sebagai muazzin Islam yang pertama, Ahli Badar dan pemakai terompah disyurga. Bilal sendiri mungkin tidak pernah memimpikannya ketika jahiliyyah. Tapi, itulah Bilal, antara pemeluk agama Islam Awal. Maka percayalah kita sebagai khalifah memiliki kuasa yang luar biasa, selagi menjadi hamba Allah yang sentiasa ingin dicintaiNy

Terima Kasih kepada sebuah kenangan yang membuatkan aku lebih menghargai diri ini. Aku ISTIMEWA.