"Nasi lemak, bihun goreng, roti hotdog, sardin roll".
itu lah laungan biasa di kolej serumpun UPM setiap kali malam tiba. Apabila dengar sahaja suara akak ni sabung-menyabung di floor, maka ramailah manusia yang kelaparan menerjah keluar bilik membeli santapan makan malam. Kadang-kadang saya juga turut serta.Akak nasi lemak : Adik nak apa? (lorghat kedah).
DSPJ : Saya nak bihun goreng dan nasi
lemak kak? Berapa ye?
Akak Nasi lemak : Bihun goreng rm1.20, nasi
lemak rm 1.2o. rm2.40 semuanya.
DSPJ : Ok, nah.
Akak nasi lemak : Akak jual no. Terima kasih
DSPJ : Ok, saya beli. sama-sama
Satu pemandangan biasa di merata-rata tempat di Malaysia. Isu kali ini bukan saya nak mengaitkan kes obesiti akibat nasi lemak atau sebagainya; tapi perkara lain yang saya rasa amat penting untuk dihayati sebagai manusia. Kisah si penjual nasi lemak.
Mengikut pengalaman saya, memang ramai masyarakat Malaysia yang menjual nasi lemak, tetapi tak ramai yang menjualnye dari bilik ke bilik macam akak nasi lemak di kolej saya. Tanya lah kawan-kawan saya, ramai yang kagum dengan kegigihan beliau. Setiap hari selain sabtu, beliau akan memegang empat plastik beg yang besar berisi makanan ke setiap blok asrama perempuan kolej serumpun. Bukan dua atau 3 tingkat tetapi 5 tingkat harus dinaikinya untuk menjual kepada kami semua.
Saya perasan akak ini selalu memakai glove, hmm mungkin supaya tangan tidak melecet akibat membawa plastik beg yang berat; almaklumlah nasi bukannya keropok. Melihat susuk tubuh beliau, akak itu hanya tinggi 154cm dan bersaiz sederhana. Raut muka kelihatan dalam lingkungan 30an. Memang tabah. Kadang -kadang apabila nasi lemak sudah habis dan ada yang hendak membeli, beliau sanggup turun dari tingkat 5 ke bawah mengambil stok lain semata-mata hendak menunaikan hajat pelanggan. Hebat!!,Kalau saya, mungkin dah tak larat.
Melihat rutin akak ini hari-hari membuatkan hati kecil saya merasa sungguh kagum. Apakah motivasi beliau sehingga sanggup menjual makanan-makanan ini setiap hari tanpa jemu dari tingkat 1 hingga 5, ke beberapa blok; bukannya satu atau dua. Saya pernah bertanya.
DSPJ : Akak, best bihun goreng, akak masak ea?
Akak nasi lemak : Tak lah, mak akak yang masak, akak tukang jual je.
Adakah motivasi emak? Entah saya pun tak tahu. Akan tetapi saya menganggap tugas akak ini adalah satu perjuangan. Perjuangan mencari rezeki yang halal untuk terus hidup menjalankan tanggungjawab dimuka bumi Allah ini. Kita tahu diluar sana ramai yang hidup susah. Diantara mereka itu ada yang mencari jalan mudah dengan mencuri, bermain loteri dan mungkin dengan melacurkan diri. Tetapi ada dikalangan itu juga mencari jalan susah memaksa diri bangun pagi, menaiki tangga yang tinggi setiap hari hanya untuk memastikan diri mempunyai rezeki untuk sesuap nasi.
Tidak lupa juga, ada golongan yang dah kaya tetapi tidak bersyukur. Segelintir yang tamak menjerumuskan diri dalam penipuan, rasuah untuk lebih berada. Mengapa begini? Mencari rezeki yang halal memang bukan mudah jika tiada niat yang kuat kerana Allah. Kerana kita manusia, mudah terpedaya.
Tidak lupa juga, ada golongan yang dah kaya tetapi tidak bersyukur. Segelintir yang tamak menjerumuskan diri dalam penipuan, rasuah untuk lebih berada. Mengapa begini? Mencari rezeki yang halal memang bukan mudah jika tiada niat yang kuat kerana Allah. Kerana kita manusia, mudah terpedaya.
Saya bangga dengan golongan seperti akak nasi lemak ini. Mereka memang patut mendapat tempat yang tinggi disisi Allah. Orang yang kaya mungkin lebih mudah untuk berbuat baik, tetapi kalau orang yang serba kekurangan boleh berbuat baik setaraf dengan orang yang lebih berharta, memang patut pujian lebih besar diberikan. Semoha kita menjadi hamba-hamba Allah yang beriman. Wallahualam!
Abu Dardaa’ RA berkata, “Orang tidak suka kemiskinan dan saya suka, orang tidak suka mati dan saya suka, orang tidak suka penyakit dan saya suka. Saya suka penyakit kerana menjadi penebus dosa-dosaku, saya suka miskin sebab menjadikanku tawadhu’ kepada Allah SWT dan saya suka mati kerana rindu kepada Allah SWT.”
credit to : http://sedikitrenungan.blogspot.com/2008/04/orang-miskin-yang-beriman-dan-orang.html
Abu Dardaa’ RA berkata, “Orang tidak suka kemiskinan dan saya suka, orang tidak suka mati dan saya suka, orang tidak suka penyakit dan saya suka. Saya suka penyakit kerana menjadi penebus dosa-dosaku, saya suka miskin sebab menjadikanku tawadhu’ kepada Allah SWT dan saya suka mati kerana rindu kepada Allah SWT.”
credit to : http://sedikitrenungan.blogspot.com/2008/04/orang-miskin-yang-beriman-dan-orang.html
2 comments:
cuna andainya kautahu diriku mahu bebas dari belenggu rasuah (kerje dengan org boleh jadi terpakai kertas pejabat+rasuah mase masuk kelas lambat+hak murid yg diabaikan) hanya Allah tahu betapa susahnye hati ini.. ;(
kak leen, selagi diri kita sentiasa ingin dekat dengannya, I.A Allah memberi kita jalan keluar dalam setiap perkara. Semoga Allah terus tetapkan diri menjadi hamba yang baik.go kak leen, doakan saya jua!
Post a Comment