SEPERTI DI TAIF

|

Ingatkah ucapan Rasullallah ketika berada di Thaif

"Wahai Tuhanku, kepada Engkau aku adukan kelemahan tenagaku dan kekurangan daya-upayaku pada pandangan manusia. Wahai Tuhan yang Maha Rahim kepada siapa Engkau menyerahkanku? Kepada musuh yang akan menerkamkan aku ataukah kepada keluarga yang engkau berikan kepadanya uruskanku, tidak ada keberatan bagiku asal aku tetap dalam keridhaanMu. Pengetahuan Mu lebih luas bagiku. Aku berlindung dengan cahaya mukaMu yang mulia yang menyinari segala langit dan menerangi segala yang gelap dan atasnyalah teratur segala urusan dunia dan akirat, dari Engkau menimpakan atas diriku kemarahanMu atau dari Engkau turun atasku azabMu kepada Engkaulah aku adukan permasalahanku sehingga Engkau ridha. Tidak ada daya dan upaya melainkan dengan Engkau"

Kita memang selalu buat salah,. Ya, dan ia sering berlaku berulang kali. Percayalah kadang-kadang kita sentiasa berusaha untuk menjadikan diri kita lebih baik hubungan dengan sesiapa sahaja. Hatta ketika kita terbuat salah itu sekali lagi, kita amat menyesali. Tetapi adakah semua manusia tahu?

Hanya kerana aku adalah manusia dan mereka juga manusia.

Ketika Rasullallah menyandarkan kelemahan keatas diri beliau yang mulia, kenapa kita tidak begitu. Aku tahu dalam setiap permasalahan tudunglah jari ke diri dahulu, kerana ia mengurangkan sengketa, menambah tawadhuk dan menyucikan jiwa.

Dari Allah ia datang dan kerana Allah aku mengadu. Bersediakan anda untuk ditarbiyah?

Maafkan diri wahai sahabat, kerana aku manusia dan kau juga manusia.

-aku seperti di Thaif-