DIPECAT

|


Hari ini adalah kali pertama aku menulis guna bahasa ibunda di dalam blog ni..Bukannya maksud ku untuk melupakan bahasa yang mendidik ku selama ini , tapi hanya ingin blogku dibaca oleh seantero manusia amnya termasuklah orang-orang asing yang mendalami bahasa Inggeris. Tidakkah indah jika hasil pemikiran kita dibaca oleh pelbagai manusia terutama sekali yang mempunyai niat dan tujuan hidup yang sama. Tetapi aku pasti, yang penting bukanlah bahasa yang menjadi percaturan pena, akan tetapi ketulusan hati dan jiwa penulis yang mampu merangkap kesinambungan antara pemikiran, pengalaman dan pengetahuan.

Hari ini aku di rumah, tidak seperti selalunya di IPTI. Cuti minggu ini aku habiskan 2 hari di baiti jannati kerana sedikit hak yang perlu aku tunaikan sebagai seorang anak dan adik bagi keluarga yang disayangi. Untuk adik2 usrahku, maaf kerana akak tidak dapat turut serta turun untuk aktiviti minggu ini.

Apa yang ingin aku kongsi adalah satu peristiwa di dalam kedai gunting rambut. Setelah sampai di Seremban, aku terus ke kedai Mara untuk membeli stokin2 yang makin pupus didalam almariku. Disana berlaku komunikasi antara diriku dan juga kakak di dalam kedai potong rambut.

Kakak : Cuaca sekarang panas kan?
Aku : Haah, panas, dekat johor dah ribut pun (berlaku pada hari isnin di IPTI)
Kakak : di n9 ni dah kena bala ni ?
Aku : (aku dalam keadaan agak terpana) bala apa?
Kakak : Tak tau ke mufti n9 dah kena pecat ?
Aku : Pecat?..Sheikh Murtadza bin Sheikh Ahmad kena pecat?

Ayat itu membuatkan aku hampir tersentak. Sesunggnya aku mengenali siapakah Syeikh Murtadza itu, keturunannya dan juda aktiviti dakwahnya. SEDIH?..aku sangat sedih bercampur marah. (mungkin aku tak perlu marah kerana mungkin cerita ini kurang sahih dan politik n9 memang selalu kotor sejak dari dulu lg. Tak perlu aku sebutkan nama yang disebut-sebut oleh kakak tersebut, namun cukup aku katakan bahawa aku amat tidak sangka). Akan tetapi jika benar, maka aku berasa sangat kecewa dengan kepincangan sistem politik dan kepimpinan negeri yang kucintai ini yang akhirnya menyebabkan tumbangnya seorang mufti yang amat dihormati ini. Siapa tidak kenal akan bakti keturunan Sheikh Murtadza ini kepada masyarakat. Bermula dari ayahnya, Allahyarham sheikh Ahmad, adiknya sheikh Faid, Muhsin, serta kelurga tirinya yang sangat membantu kepada peningkatan pendidikan dan tarbiyah Islam di negeri Sembilan ini. Selain itu, usaha dakwah beliau yang telah menerusuk jauh ke corok-corok kecil perkampungan desa yang jarang sekali dipandang oleh golongan atasan. Majlis zikir beliau yang sangat istiqomah setiap bulan dan sikapnya yang sangat tegas.

Arghh kenapa sangat pincangnya kesatuan Ummah kini. Dimana perginya golongan pencinta wali-wali Allah yang dimana jika mereka duduk beserta wali-wali Allah ini pasti tersebar juga berkat ke atas mereka. AINAL UMMAH??. Nampaknya kepulanganku di sini, disambut dengan satu isu yang sangat memeritkan untuk didengari baik di telinga ataupun di hati. Mungkin cuaca yang teruk kala ini membawa perkhabaran bahawa telah datangnya ingatan dan kemurkaan dari Allah kepada hamba-hambanya.

“YA ALLAH JAUHKAN KAMI DARI BALA dan JADIKANLAH KAMI HAMBA-HAMBMU YANG BERTAQWA DI DUNIA DAN DI AKHIRAT DAN JAUHKAN KAMI DARI FITNAH DUNIA DAN AKHIRAT. AMPUNKAN DOSA-DOSA KAMI YA ALLAH”..

Peristiwa di IPTI dan di n9 sudah cukup membuatkan aku gerun dengan keadaan manusia dan alam kini. Moga kita semua menjadi golongan yang berfikir dan bertaubat dan terpimpin hatinya kearah jalan yang diredhai ALLAH dunia dan akhirat. AMIN

0 comments:

Post a Comment