KUASA TELEFON BIMBIT

|
Sekadar gambar hiasan

Si A : Na, tengok telefon baru kau tu

Si B : Nah (sambil memberi telefon itu kepada si A)

Si A : Hmm, buat apa beli handphone mahal2 ni, tgk bangdak, cikai je, asalkan boleh

mesej, telefon ok ah. Kawan-kawan bangdak pun sama je guna yang murah

Si C : Profesor Kak cik pun guna murah yo.

Si B : (tersenyum) dalam diam mencari hujah sendiri.


Betul ke kalau guna beli handphone up to date sikit dikira membazir. Bagi aku, ini statement yang tak adil. KENAPA? Sebabnya handphone yang banyak functions ni boleh membawa beribu kebaikan kepada si pembeli jika digunakan kearah yang sebetulnya. Sebagai contoh ‘record sound’ boleh digunakan untuk merekod suara kita apabila menghafaz ayat-ayat Al-Quran. Bila dah habis record je, kita boleh play balik, jadi dapatlah kita betulkan apa-apa makhraj yang salah ataupun ayat yang tertinggal. Bagus tak?. Lagi satu kalau handphone dah ada kamera 5 megapixel atau 8 megapixel, tak yah fikir nak beli kamera sony, canon atau Nikon. Jimat di situ. MMS pun dapat digunakan untuk mengeratkan lagi hubungan. Sebagai contoh keluarga aku dapat tatap muka izzah (anak buah baru aku) yang dah 4 bulan tak tengok melalui khidmat MMS ni. Ditakdirkan pulak kat Sabah tu pedalaman dan tak dapat internet, maka perlu sangatlah handphone spesis begini. Tak dilupa juga MP3. Pendapat aku MP3 ni boleh digunakan untuk letak ayat-ayat Al-Quran dan ceramah-ceramah yang bermanfaat. Bila free dekat dalam bas ataupun dalam komuter, dari buang ,masa tengok penumpang lain atau tengok movie yang entah apa-apa ntah, lebih baik dengar santapan MP3 ni.


Akan tetapi, walau bagaimanapun semuanya berbalik kepada pemilik handphone itu sendiri. Tidak kiralah ia mahal, berpatutan atau murah, segala keburukan dan kebaikan dapat dinilai dari cara penggunaaan si pemilik 100%. Mungkin handphone up to date banyak kelebihan, tetapi tak guna juga kalau si pemilik buta teknologi dan menggunakannya kearah keburukan. Bukan sedikit bilangan orang sebegitu. Pada dasarnya, hanphone itu digunakan untuk tujuan komunikasi. Alangkah ruginya kalau ia tidak dapat digunakan untuk mengeratkan lagi ukhwah antara dua saudara. Lagi malang, jika ia menambah pula jurang permusuhan sesama saudara. Teringat kata seorang sister ni, “ Kalau Handphone tu tak boleh nak rapatkan ukhwah, tanye khabar saudara ke, baik campakkan je kat longkang”. Tak kisahlah up to date ataupun tak, THE POWER IS IN YOUR HAND.

KEPADA MEREKA

|
Hari-hari akhir bersama akhwat sekalian

Hampir seminggu dirumah. Mula-mula rasa agak gembira kerana jauh dari kesibukan kelas dan assignment yang tak habis2 mendatang sepanjang tempoh 2ndsemester. Tetapi bila dah masuk hari yang ketiga, taktau kenapa rindu sangat pulak dekat sahabat2 usrah aku,kakcik,pqah,
chibiyaq, syud, nad dan eton. Tak dilupakan,kak Fisha mak usrah yang dikasihi. Rasa macam rugi sebab tak sempat habiskan Zilal dan join usrah malam bersama-sama. Aku sangat bersyukur kerana dipertemukan dengan mereka kerana setiap mereka ada logam dan kepentingan yang membolehkan tarbiyah dan kekuatan ITU terus bergerak.

Kepada kak Fisha,terima kasih sangat kerana jadi mak usrah yang slalu buat benda sweet (i can't deny that) and ajar kami erti ukhwah yang sebenar. Buku2 yang akak bagi tu harap dapat saya fahami dan amal sebaik-baiknya. Saya memang selalu puji dengan pilihan akak sebab buku2 tu memang top list pilihan saya (taste akak mmg best ah). Semoga amal kebaikan yang saya lakukan hasil didikan akak,harap Allah limpah rahmat keatas k. Fisha jugak.

Kepada adik2usrahku, selamat menjalani usrah dengan kak Zai, tetapkan niat yang betul dalam jalan ini. Sesungguhnya tarbiyah itu bergerak melalui proses dan ia amat memerlukan kesabaran dan kekentalan jiwa.Tak lupa juga kepada kak olynn, kak sofi, kak wan, kak Fiza, kak tikah, kak leen semoga jumpa lagi di lain hari. Pengalaman dan memori indah bersama kalian moga diredhai Allah. Sesungguhnya bukan fizikal ini yang menyintai fizikal kalian, tetapi jiwa ini yang menyintai jiwa kalian. Bak kata kak Fisha, selagi kita dijalan ini,kita pasti bertemu lagi. JzKK