ISU GANYANG MALAYSIA , GANYANG INDONESIA

|
Assalamualaikum, baru-baru ini kita mendengar berita bahawa kerajaan Malaysia dan Indonesia melancarkan perang masing. Ganyang Indonesia dan Ganyang Malaysia. Isunya pasal kes pekerja rakyat Indonesia yang tidak mendapat hak sepatutnya di Malaysia.

Bagi saya, ini adalah satu perkara yang memalukan bagi kedua-dua negara yang majoriti berpendudukan Islam dan Melayu. Teringat akan kata-kata tuan Ulama' Sheikh Ahmad, bekas mufti pertama negeri sembilan "Jangan suka membesarkan perkara yang kecil" kerana pasti apabila ia terlalu dilayan, akan menyebabkan bahana yang besar. Oleh sebab itu Islam menggalakkan pemaafan dan sangka baik dalam setiap perkara. Malaysia dan Indonesia umpama adik beradik dan sukar untuk berdiri sendiri tanpa pertolongan antara satu sama lain. Mari kita kembali kepada sejarah bagaimana nenek moyang kita dahulu memelihara baik hubungan dua negara ini.

ACHEH DAN MELAKA
Ingatkah kita akan peristiwa penjajahan Portugis ke atas Melaka. Mensoroti zaman kegemilangan Islam di nusantara, persaudaraan antara Acheh dan Melaka sangat hebat. Ketika Melaka diancam Portugis, Acheh adalah negara yang bertungkus lumus menghantar tentera ke Melaka melawan penjajah selain tentera Islam dari Pattani, Thailand. Pada masa itu, apa yang diutamakan bukan harta dan nama tapi keikhlasan menyelamatkan saudara seakidah dari serangan musuh.



PROF. DR HAMKA
Mungkin ada sebilangan remaja kini yang tidak mengenali beliau. Nama sebenar HAMKA adalah Haji Abdul Malik Bin Karim Amrullah, seorang ulama sohor di Indonesia. Beliau adalah tokoh ilmuwan terkenal di nusantara dan pernah menerima anugerah khas dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Hendak diceritakan bahawa betapa cintanya HAMKA pada Malaysia, apabila Malaysia mendapat kemerdekaan beliau menangis kerana kegembiraan melihat tanah saudaranya di Malaysia telah bebas. Itulah cinta sahabat yang sejati.

Mungkin kita perlu menghayati sejarah yang lalu untuk menyedari siapa diri kita. Hakikatnya, Malaysia tidak mampu wujud tanpa pertolongan Indonesia dan Indonesia tidak mampu kekal lama tanpa Malaysia. Tiada sipa boleh maju dan 'survive' tanpa pertolongan orang lain. Marilah kita bersama menjalin hubungan dan eratkan perpaduan. Bukankah ukhwah itu indah.

0 comments:

Post a Comment