Aku dibelakang asrama p3
Perjalanan ke UPM sangatlah mencabar bagi pelajar baru macam saya. Sepatutnya kami daftar hari ahad 5 julai, tapi disebabkan terpaksa key in subjek sendiri, maka kami seramai 52 pelajar cohort 5 TESL bergerak dari serata semenanjung Malaysia berkumpul di UPM serdang. Pada mulanya apabila Liya beritahu yang kena daftar 5 hari lagi awal jumaat lepas, diri ini betul-betul berada di puncak kemarahan. Sesungguhnya kesabaran aku memang teruji. Selama ini aku sering berdoa kepada Allah agar menjadikan diriku seorang insan yang penyabar dan akhirnya.... Allah menguji aku pada titik kelemahan yang paling besar. Secara jujurnya aku tak suka kalau dapat maklumat di saat akhir. MENYUSAHKAN!!!..Astagfirullah..Pengalaman hebat yang begitu membuktikan bahawa diri ini amatlah lemah dan hina.
Kemudian, pada hari ini, aku dan rakan-rakan selamat berjumpa kembali setelah 2 bulan berpisah. Teruja dan gembira, almaklumlah ramai yang dah berubah muka, gaya dan sebagainya. Secara ringkasnya, pada waktu tengah hari kami semua key in subjek dan petang terus kemaskan bilik. Memang letih sebab kami dapat tingkat paling tinggi (tingkat 5). Fuh, sakit lutut. On the way balik asrama
Pada malamnya pula, aku, midah, liya dan farhana pergi ke Putra foodcourt sebab kelaparan teramat. Memang adventure lah sebab kami berempat je dalam bas on the way kesana. Pakcik bas tu memang agak psycho, tapi kami berjaya buat muka selamba, kononnya berani. Sampai sana Marry Brown tutup dan aku terlepas hajat nak makan burger. Kemudian lebih kurang 30 minit, kami beredar pulang. Nak dijadikan cerita, bas takda dan kami ambil keputusan jalan kaki selama 18 minit dan akhirnya kami sampai ke kolej. Bila sampai je bilik, perut memang full tapi zue belanja makan. Alhamdulillah dan guess what Liya kasi aku apa???...BURGER!!!!.
Makanan pertama aku 'order' di UPM. (nasi goreng kerabu)
2 days ago
7 comments:
husnaaaaaaaaaaaa
semoga tabah du upm
=)
huhu
selamat berjuang sahabat
moga diberkati Allah
SEM ni btol betol mencabar
Bersamalah kita menjadi tabah rakan2.
aku memang sentiasa tabah husna..haha...aku dah sampai kl ngan urusan len bru dapat tahu kene dftar..merempat tuk beberapa ari...huhu...chill guys...hohoho
cuna..pe kngn ko dgn lagu 2??
tak lah tau zai, biarlah aku sorang je yang keep kepoyoan aku tu,,
haha
first2 biasala tu... kitorg dulu macam tu gak...
lelama nanti ok la...
ni bole dikatekan culture shock ni...
Post a Comment