2 days ago
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN KELUAR
From : Adani
09 Jun 2009 10.27pm
To : Husna
Salam..info..fonyi kata
Result dah kuar arini..
Reply More
Keputusan peperiksaan dah keluar!!!..setelah aku menerima mesej itu, TERUS kepala aku mendongak diatap rumah, seolah-olah mencari ketenangan. Namun ketenangan sebenar terletak dihati bukan diatap, lantas aku hati kecil aku menjerit. “Ya Allah kau berikanlah ketenangan kepadaku untuk melihat result nanti”.
Sebenarnya inilah penyakit serius aku semenjak sekolah rendah lagi..Tak tahu kenapa tapi mungkin kerana faktor tekanan semasa. Yelah,dunia sekarang tak macam dulu. Exam – oriented lah katakan, kekadang naik menyampah pula dengan visi sistem pendidikan sekarang ekoran lebih mementingkan kesan jangka masa pendek berbanding jangka masa panjang. Hasilnya lahirlah remaja-remaja versi moden yang semakin jauh dari Al-Quran. Masakan tidak, subjek elektif lebih diutamakan berbanding subjek agama yang kini dipandang sepi. Bagaimana umat Islam nak bangkit dan jadi hebat seperti zaman Nabi dan Khilafah dahulu.
Bak kata Saidina Ali “ Asas agama itu adalah mengenal Allah”..
(macammana nak kenal agama jika subjek agama tak diberi penekanan,hmm,fikirkanlah)
Berbalik kepada result exam, esok harinya pada pukul 6 petang lebih kurang aku gagahkan membuka laman web UPM. Klik dekat student’s portal kemudian klik di keputusan peperiksaan. Aku isi ruang no. matrik dan ic. Dengan hati yang berderau (hanya Tuhan saja yang tahu) aku klik di masuk.. APPEAR EXAM RESULT!!!!!!!!!...jeng jeng. Benda pertama aku lihat ialah keputusan subjek maut yang aku tak confident jawab masa exam aritu..Kemudian pointer.. Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur aku ucapkan kepada Allah yang banyak membantu. Tak sangka!!
Memang betul, kekadang benda yang kita rasa mustahil, sebenarnya mudah bagi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa dan kerana itulah kebergantungan kita hanya kepadaNYA, bukan makhluk lain. Kadang-kadang kita pujuk rayu pensyarah kasi markah tinggi sehingga kita lupa yang menentukan markah itu adalah Allah, yang menyebabkan pensyarah itu kasi markah tinggi adalah Allah. Semuanya jelas BUKTI kehebatan Allah menguji hamba-hambaNya. Oleh itu, jika nak minta sesuatu kembalilah pengharapan kepada Allah bukan orang lain kerana DIAlah perancang terbaik manusia di dunia ini. Maka dengan itu, marilah kita sentiasa berdoa, dan berusaha kerana Allah memandang pada usaha bukan pada hasil.Maha Suci Allah yang Maha Penyayang dan JOM!!! kita menjadi hambaNya yang sentiasa bersyukur.Amin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
huhu..chuna..kurang2 sistem tahu result macam tu okey lagi...
ktorg cohort 1 ni..still traditional lagi..macam foundation jugak..satu hari, have to wait for lecturer's call kot2ade yang fail...satu hari jiwa terseksa!!!adehhhhhhh..
tp iA hari itu sudah berlaalu for my sem1 final result..alhamdulillah..sume pass kot =D
btw..congrats buat kamu..alhamdulillah!!
wah.congrates husna:D
Post a Comment