PANDANGAN MANUSIA

|

Banyak permasalahan yang berlaku sekitarku minggu ini. Aku melihat manusia semakin tertipu dengan dunia, dengan definasi dan dengan agama Islam yang mulia ini. Manusia sering memberi kefahaman yang mereka rasakan benar tanpa disusuli hujah dan sumber dan penghayatan yang mendalam. Bukan aku rasakan aku lebih faham, cuma aku sebagai orang biasa merasa tertekan dengan penyataan yang amat memeritkan perasaan.


"Makcik makcik lebih sukakan orang yang pakai tudung labuh sebab ia menunjukkan kefahaman dan mujahadah yang tinggi"

Sangat judgemental. Apabila mendengar kata-kata ini, aku tidak lantas membantah tetapi aku berfikir. Sedih. Aku teringat model tarbiyah yang aku pelajar, faquhu, faqihi. Aku teringat tulisan asas-asas Islam dari Ust Abu Al A'la Maududi tentang siapakah yang dikatakan Muslim. Ia mungkin ada kebenaran, tetapi aku merasa sesak melihat definasi kefahaman dan mujahadah ini diertikan dengan pemakaian. Betul, kefahaman dalaman akan mempengaruhi luaran, tetapi jika seorang individu memakai pakaian Islam cukup syaratnya, tetapi tidak memakai tudung labuh adakah kita boleh melabel mereka kurang faham dan kurang mujahadah.

Kemudian, kata-kata ini.

"Pensyarah ni lebih sayang kitorang daripada korang. Dari dulu lagi, dia memang camtu."

Manusia memang kurang mampu menjadi adil. Sangat kecewa bila mengetahui wujud lagi sifat pendidik yang sebegini. Apa bezanya kami? Kerana kelas yang berbeza, kasihnya juga berbeza. Adakah lantai-lantai, meja-meja dan kerusi itu membuatkan kita sangat lain? Merepek, tapi itulah hakikatnya. Susahkan jadi adil. Mungkin sebab itu adil itu dekat dengan taqwa.


Aku sangat merindui qudwah Rasullallah s.a.w yang mulia. Aku rindu santun budi bicaranya, kasihnya yang melimpah, adilnya, lembutnya pada setiap insan. Ya Allah Maha Suci engkau menciptakan manusia sehebat ini. Aku rindu titipan nasihatnya yang barokah dan pemahamannya yang meluas. Selawat ke atas Baginda.

ALLAH ITU MAHA TAHU

|

Kita ni memang sangat lemah. Dikala kita ingin menjadi manusia lebih baik, terkadang ada hembusan-hembusan halus jahiliyah menuju masuk ke cuping telinga. Kita sering diuji dengan perasaan menipu daya. Tipu daya dunia yang tipikal tetapi sudah cukup untuk menguji manusia yang lemah dan serba kekurangan.

Apabila melihat di awan aku merenung perjalanan hidup di dalam jalan ini. Pelbagai badai datang cuba menjatuhkan tembok yang dibina untuk menjaga benteng keimanan. Mungkin suatu ketika Allah menguji kita dengan cinta. Ya, perasan yang romantis konon diawalnya. Terbayang, terhanyut kerana fikiran yang melayang. Tidak tentu arah, kalau tiada pimpinan boleh mengundang kehinaan. Bagaimana harus mengawal emosi fitrah ini? maka tiada jalan lain, selain kembali kepada Allah Yang Maha Tahu. Peliharalah Allah, Allah akan memelihara kamu.

Dan rahasiakanlah perkataanmu atau lahirkanlah; sesungguhnya Dia Maha Mengetahui segala isi hati. (Al-Mulk; 13)

Allah Maha Tahu. Kita sering berdolak dalih dengan alasan sendiri. sebagai contoh, satu hari terasa ingin berbual panjang dengan dia. Ketika ingin memulakan bicara,, kelihatan si dia sungguh sibuk. Esok harinya, ada diskusi dan lusa tidak dapat berjumpa. Oleh itu jika difikirkan kenapa hal ini berlaku? Percayalah, bahawa sesungguhnya Allah telah memelihara kita. Allah Maha Tahu segala yang diniatkan hambanya. Allah masih menyayangi dan tidak putus menyediakan yang terbaik untuk kita kembali bersih seperti mana yang sering didoakan. Sweetkan Allah. Apabila kita cuba melangkah keluar dari ajaranNya, dia menarik lembut kita agar kembali bertaut padanya supaya kita tidak kotor lagi.

Alhamdulillah, berikanlah kami kekuatan dalam melakukan ketaatan kepadamu. Sesungguhnya tiada kekuatan kami tanpa pertolongan mu Ya Allah.