AKHIRNYA

|
Alhamdulillah selang beberapa hari je lagi untuk hidup di IPTI, sempat juga kami meluangkan masa di bandar Johor Bahru yang bersejarah bersama-sama. Walaupun satu semester ni asyik sibuk dengan kerja, assignment, dan macam2 lagi tetapi akhirnya kami berjaya memilih satu tarikh yang agak sesuai untuk misi makan2 di Portugese Chicken Restaurant. Padahal sebenarnya lagi 9 hari je lagi nak exam, tak taulah pulak nape hari ni baru free. Pelik betul. Plan asalnya nak TERUS balik after makan, tapi faham-faham jelah bila dah 7 orang pergi; macam-macam la rancangan yang timbul. Nak buat macam mana, kita memang hanya merancang tapi Allah sahaja yang menetukan.



7 orang sepatutnya, aku jadi camera girl.

Baked rice liya

Aku, kumutha dan zue

Dari restoren tu, kami pergi ke MPH dan Popular. Memang rambang mata tgk buku yang best2 kat situ. Tujuan aku dan Midah sebenarnya nak pergi beli buku adik2 usrah, malangnya tak jumpa. Ada yang menarik tapi kuantiti tak cukup. Jadi kami jelah yang borong.

Kat MPH, time ni midah pergi Fabriano Rico, n liya jd camera girl.

Then kami pergi Kota Raya pulak sebab liya nak beli sabun pencuci baju dan eye liner dia. so sebagai sahabat-sahabat yang mementingkan ukhwah, kitorang pun ikut sama merestas jalan-jalan di Little India shops. Then aku dan midah singgah di satu kedai buku ni. Alhamdulillah jumpa jugak buku yang dicari-cari untuk adik-adik. Buku tu bertajuk 'Mengenali Tuhan' dari imam Nawawi sedikit petikan dari buku Riyadathus Salihin. Mudah-mudahan mereka suka dengan buku yang bakal kami beri, sebab kami suka.hehehe. Ditambahkan pula, abang cashier tu kasi discount. ALHAMDULILLAH..Sebelum nak pulang, Midah telah menunaikan hak dia kepada rakan-rakan (bak kata juni) dengan membelanja kami makan di Kluang railway station restaurant. Memang best ah food kat situ, berbaloi. Terima kasih Midah.

Di Kluang Railway station Restaurant


Apabila melihat jam semakin menghampiri pukul 7pm, kami pun pulang dengan perasaan yang tidak dapat digambarkan oleh apa jua perkataan. Harapan, moga hubungan persahabatan ini akan sentiasa bersimpul padu (bak lirik lagu nasyid tu) sampai bila-bila dengan redha dan rahmat dari Allah terutamanya. sekian

3 comments:

Anonymous said...

husna,npe ko gi mkn x ajak ak?huhuhu
=p

Nurul Husna said...

poyo ah tu..bukan ko yg ajak aku ker?huh

Nurul Farhana said...

cool weh. terus kan berjinak!

Post a Comment